PMTG PASIR : UJIAN BUAT KERAJAAN PULAU PINANG

Sudah lebih setahun kerajaan PR memerintah negeri Pulau Pinang. Sudah 2 pilihanraya kecil dilalui selepas memerintah negeri Pulau Mutiara tersebut.
Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kerajaan Negeri baru memerintah tidak sampai setahun, PKR menang bergaya. Manakala tatkala Pilihanraya Kecil Penanti PR sudah memerintah lebih dari setahun, namun oleh kerana BN kecut perut untuk berlawan, PKR menang besar walaupun peratusan pengundian hanya sekitar 50 %.
Kali ini ujian lebih hebat menanti PAS yang mewakili PAS. Setelah setahun lebih memerintah, kerajaan PR pimpinan DAP sekali lagi akan diuji. Kali ini ujian lebih hebat kerana 'demand' rakyat lebih hebat kerana sudah tahun PR memerintah sudah tentu rakyat menagih janji-janji PR pada Pilihanraya Umum lalu.
Namun rakyat harus ingat setahun bukanlah masa yang lama. Mustahil bagi sebuah kerajaan negeri yang baru dibentuk dapat menunaikan 100 % janji-janjinya dalam masa setahun.
Tetapi kerajaan Negeri Pulau Pinang membuktikan janjinya apabila berjaya menjalankan program-program seperti dibawah :-
Portfolio : MMK Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah yang dipegang oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng.
SECARA KESELURUHAN
1. Memperkenalkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kerajaan berasuah;
2. Pembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
3. Membuka Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan trafik;
4. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
5. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;
7. Melantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Papan-papan tanda jalan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawi/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;
9. Usaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR;
10. Sebut harga tender terbuka melalui internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;
11. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;
12. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar “bina dulu, lulus kemudian”;
13. Pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan;
14. Penubuhan Pusat Bantuan dan Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;
15. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;
16. Menubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan menggalakkan pembangunan sector pelancongan;
17. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;
18. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;
19. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;
20. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
21. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;
22. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;
23. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
24. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
25. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);
26. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;
27. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui internet, Web TV;
28. Cadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa/rumah kos rendah dan sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
29. Had masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;
30. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa;
31. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk Invest, Penang;
32. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00 masing-masing;
33. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;
34. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;
35. Penghargaan dan pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;
36. Peruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;
37. Menjalankan usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula Keretapi Bukit Bendera;
38. Mendapat balik pembayaran denda RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak RM12.485 bilion;
39. Mendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6 juta daripada Penang Port Sdn Bhd;
40. Menuntut balik tunggakan cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak RM238,632.17; dan
41. Pemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.
PENTADBIRAN TANAH
1. Ke arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan:
(a) Jawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah;(b) Jawatankuasa Tebatan Air; dan(c) Jawatankuasa Tanah Bukit
2. Kerajaan negeri telah memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara);
3. Penubuhan Jawatankuasa bersama-sama ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan
4. Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.

Bersambung ............banyak lagi yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco kerajaan negeri yang lain.

Comments

anonymous said…
PAS, PKR dan DAP seperti aur dengan tebing. Saling membantu antara satu sama lain. Sama2 mengaut keuntungan masing2. Dalam pada masa itu siapa yang sedang mengaut lebih untung? PAS, PKR atau DAP?

Hasil dari bersepakatan PAS, PKR dan DAP berjaya menawan 5 buah negeri pada PRU 12 yang lepas.

Sebenarnya apa yang di namakan "Pakatan Rakyat" ini tidak ujud dalam ertikata yang sebenarnya. Ianya cuma di sebut ketika menghadapi PRU atau PRK sahaja, lepas itu mereka membawa haluan masing2.

Sebagai contoh, P Pinang walaupun PAS telah memenangi satu kerusi DUN, tetapi PAS tidak di beri sebarang jawatan dalam pemerintahan negeri P Pinang.

Begitu juga dengan Kedah, DAP ada satu kerusi DUN, ianya juga tidak ada sebarang jawatan. Akan tetapi, DAP Kedah lebih bijak dari PAS P Pinang. DAP Kedah cuma ugut keluar PR kerana perkara kecil bab rumah potong babi saja PAS Kedah sudah 'pucat muka', kini PAS terpaksa adakan fortpolio khas untuk DAP supaya boleh bersuara dalam hal pentadbiran negeri Kedah.

PAS P Pinang macamana? Kecut telok atau pun tadak telok langsung. Walaupun PAS banyak membantu menangkan banyak kerusi kepada DAP dan PKR tetapi PAS dianjing kurap kan. Sanggup jadi anjing kurap kepada DAP dan PKR kunun kerana "Pakatan Rakyat".

Di Perak pula ujud kerajaan "boneka" PAS@DAP. Menteri Besar PAS, 70% EXCO nya cina dan india. PAS sangat berbangga dengan kerajaan "boneka" di Perak. Apabila kerajaan "boneka" ini runtuh ada penyokong PAS yang sanggup mati bunuh diri atas jalan raya.

Sekarang kita sedang saksikan PAS Selangor pula di anjing kurap kan oleh DAP dan PKR. Sanggup kah PAS terus di anjing kurap kan selama2 nya dalam Pakatan Rakyat?
Anonymous said…
Senarai ler apa yang DAP buat panjang2, tapi lupa list yang BN buat lagi panjang.

Menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli PAS untuk menyalak sebab mereka adalah anjing peliharaan PAS.
Anonymous said…
DAP tetap mengkudakan PAS & PKR. Masih tidak sedar...
______________________
View Profile: Rantong™
Hampir kesemua usaha-usaha yang di buat olih Kerajaan PR Pulau Pinang tidak dimuatkan olih media milek bn.

Papantanda dan nama jalan dalam dwi bahawa pon ditentang oleh para celaka -celaka , lanun-lanun dan penyamun-penyamun.

Kita sudah lama tahu dan paham bahawa DAP , PAS dan PKR ada lah dari lain kepala.
Tak perlu lah ada lanun masok sini untuk tambah api dan tambah belachan. Takut nasi periok pecah kah?

DAP, PAS dan PKR adalah memang lain fahaman dan lain cara.
Tapi misi adalah sama.
hapus lanun,hapus rasuah,hapus racist,hapus ISA ,hapus kaki kontrek dan dot dot dot.

ahli umno tak turun padang untuk "korek" sungei pasir dan bina Jamban tan ke?
Anonymous said…
Umno...kalau menulis, kalau tak menyakitkan hati ...tak sah.....tapi selalu suka mengata kalau orang PAS ceramah mengata orang....

Umno/BN perintah selama 50 tahun apa yang dibuat kepada orang miskin tegar?

Asyik2 mengkayakan orang umno yang mendapat habuan projek...sedangkan yang dapat asyik orang yang sama....pi tengok dulu ketua pemuda umno tu..punya lah kaya dgn projek sampai kereta dia boleh susun kat umah macam pasu bunga tau.....bedebah punya umno

Lim Guan Eng baru perintah setahun dapat membuat perubahan dengan kemiskinan tegar dihapuskan tau tak? sekarang miskin tegar di Pulau Pinag 0% tau....

Hang tau tak miskin tegar tu apa? siapa yang miskin tegar tu? 90% miskin tegar tu orang Melayu tau tak? hang ni bodoh betul....tunggul kayu tau tak?

Yang buat hapus miskin tegar kepada 0% tu cina Lim Guan Eng....yang miskin tu Melayu....

Jangan canangkan api perkauman....sebelum cakap pi sekolah dulu.....
Anonymous said…
Miskin tegar mana yang telah dihapuskan kat Pulau Pinang? Setakat meneruskan dan menutip hasil dari projek kerajaan terdahulu boleh ler..., tapi puak2 PAS ni dok tetap jadi anjing yang bertuankan DAP. apa tuan dia cakap, semua betul...., maka menyalak dan melolong lah mereka

Bila ada masalah, salahkan BN...
Anonymous said…
Biasa la... PAS bukan sehari dua kenal. Depan bukan main baik je belakang tibai tak ingat punya, Tapi yang paling kesian jadi budak suruhan je