SHAMSUL KAMAL CALON PAS PERMATANG PASIR?

Shamsul Kamal Shapie merupakan Pegawai Peribadi Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman sejak dari ADUN Permatang Pasir itu menang pilihanraya 1999. Beliau merupakan seorang pegawai yang setia, dedikasi, komited dan kuat bekerja.

Tidak hairanlah berkata ketekunan dan istiqamah beliau terhadap amanah yang diberikan, beliau turut dinamakan sebagai salah seorang calon yang mungkin membawa obor PAS pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 25 Ogos ini.
Pemuda berkaca mata ini bukan orang baru dalam arena politik PAS. Sejak dari zaman remaja lagi beliau sudah terlibat dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri. Saya pernah bersama-sama beliau menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang tahun 90-an dulu.
Oleh kerana keikhlasan dan kerajinan beliau Allahyarham Datuk Hamdan memilih beliau untuk menjadi Pegawai Peribadinya yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan semua urusan seharian ADUN, pentadbiran pejabat ADUN dan sebagainya.
Saya yakin jika beliau atau Ustaz Salleh maupun Abang Mat dipilih sebagai calon, mereka sudah pasti mampu membawa bendera PAS di DUN Pulau Pinang dan pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga dengan Rosidi Hussin dan Yusni Mat Piah masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Comments

mantahir said…
saya sokong 100%, bang mat dgn ustaz salleh pun saya harap tiada halangan apa2 jika mereka tak dicalunkan, kadang2 kita kena bagi muka juga pada pembantu2 bekas calun yg berkelayakan, tak gitu...
Anonymous said…
Calon PAS semua istiqamah la itu la ini la, calon lain jahat belaka. Satu lagi cogan kata aku je yang halal orang lain haram.