SEMUA MASALAH BOLEH DISELESAIKAN - MAT SABU

AJK PAS Pusat, Haji Mohammad Sabu berkata semua masalah akan dapat diselesaikan jika semua pihak berlapang dada, hormati menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan bahawa kepimpinannya matang, professional dan telus dalam apa juga masalah.
"Jika berjaya menyelesaikan isu babi di Kedah; isu babi di Selangor dan kini isu arak di Selangor".
"Jangan bimbang pimpinan kita bijak dan berupaya menyelesaikan apa juga isu yang datang dari dalam dan luar" kata Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan malam anjuran DAP Melaka di Dewan Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.
Beliau juga melahirkan kekesalan kerana kerajaan Malaysia gagal menyelesaikan isu jenayah, isu demokrasi dan hak asasi manusia disebabkan sikap tidak professional kerajaan dan Polis.
"Bayangkan ceramah saya di Pulau Pinang baru-baru ini dikepung oleh 300 Polis sedangkan kita hanya ingin berceramah di premis parti bukannya tempat awam".
"Begitu juga semasa himpunan aman bantah ISA 1 Ogos lalu, ribuan Polis dikerah untuk berhadapan dengan rakyat berbilang kaum yang berhimpun hanya untuk menyerahkan memo mansuhkan ISA" kata Mohammad.
Mohamad juga hairan mengapa kerajaan pimpinan Najib masih tidak mahu menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock yang sudah berlaku lebih dari 25 hari.
"Apa yang mereka ingin sembunyikan sehingga tuntutan rakyat dan keluarga Beng Hock tidak dapat dipenuhi sehingga kini"
"Rakyat hanya mahukan keadilan dan kebenaran, mengapa kerajaan takut kepada keadilan dan kebenaran". tambah beliau.
Turut berucap pada majlis tersebut ialah Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang, Speaker DUN Selangor, YB Teng Chang Khim; Pesuruhjaya PAS Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Ahli Parlimen Teluk Intan YB Monagaran; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Yau; ADUN Sekinchan Ng Sue Lim; Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan bekas Ahli Parlimen Kota Melaka Kerk Kim Hock.
Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock dan pimpinan PR Negeri Melaka turut hadir.
Kira-kira 5,000 rakyat berbilang kaum memenuhi dewan tersebut hingga melimpah keluar.

Comments