PMTG PASIR : BN SEMAKIN TERTEKAN

BN semakin tertekan kerana masalah dalaman Umno Bahagian Permatang Pauh. Umno Bahagian dilihat mahukan pimpinan bahagian menjadi calon manakala Umno Pusat dan negeri mahukan bekas Ketua Bahagian Ahmad Saad.
Pertembungan antara bahagian dan negeri tidak dapat ditutup lagi. Mungkin Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai calon beliau sendiri yang sudah tentu disukai oleh Najib. Sebab itulah Zahid baru-baru ini membuat kenyataan bahawa bakal calon Permatang Pasir tidak semestinya pimpinan Umno Bahagian. Untuk rekod Ahmad Saad ketika tidak memegang sebarang jawatan di dalam Umno Bahagian selepas Ketua Umno Bahagian sekarang iaitu Abdul Jalil Majid mengambilalih kepimpinan bahagian dari beliau.
Ahmad Saad merupakan bekas orang kuat Anwar dan Najib sendiri. Oleh itu tidak mustahil beliau dipilih untuk menarik sokongan penyokong Anwar dan juga sokongan akar umbi yang sememangnya masih menyenangi Ahmad Saad. Abdul Jalil sendiri dikatakan adalah 'orang luar' yang tiba-tiba naik semasa zaman Pak Lah.
Tidak syak seperti biasa Umno/BN akan mengalami keretakan dalaman akibat perebutan ahlinya untuk menjadi calon dek kerana perangai pimpinan atasan yang ingin meletakkan 'orang' masing-masing bertanding.

Comments

Edyes said…
cakap betul2 bang sopi... sapa yang sebenarnya tertekan..?

BN ke PR?

kita kena berpijak di bumi nyata... bukan menabur propaganda psychology