JANJI MESTI DITUNAIKAN

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid."Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.
"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Bagus sekali janji Jalil dan saya yakin ianya sesuatu yang akan disambut baik oleh rakyat. Masalahnya sejak dari dahulu lagi banyak janji pilihanraya BN tidak ditunaikan terutama jika BN kalah.
Contoh paling baru ialah janji BN untuk membina jambatan (gertak ) di Manek Urai tidak ditunaikan kerana BN kalah sedangkan sebelum itu beriya-iya mereka berjanji untuk membinanya.

Kali ini di Permatang Pauh saya ingin lihat apa tindakan BN terhadap janji-janjinya jika BN kalah atau menang nanti.

Comments

Anonymous said…
PR menang saya tabik, BN memang pun saya reda jangan pemilik blog ni http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com/ menang sudah ler .Saya tak suka apa yg dia tulis dlm blognya mesti pembohongan mcm dia jugak , muka x malu.
Anonymous said…
janji umno? ha ha ha ha
winnie said…
PAS PUNYA JANJI MCM MANE?? ADA TUNAI KA?? CAKAP BOLEH LA...
Anonymous said…
PAS pandai ckp je. Bila tak boleh salahkan org tu la perangai, Bila depan UMNo wah bukan main gagah perkasa bila depan DAPig kecut telur
"kalau menang , akan dibuat. Kalau kalah , boleh berambus "- umno

Menang pun, kontrek diberi kepada kelas F UltraUmno dan bukan nya kepada kontracktor tempatan.
Dimana tak ada sungei, akan dibuat sungei.Dimana tak ada JambanTan akan dibena JambanTan.

Pengundi tetap RUGI jugak .
Anonymous said…
Yang ruginye kontraktor PR je, Projek tetap jalan, w/pun org BN yg dapat