POLITIK WANG TIDAK AKAN BERAKHIR DALAM UMNO

Presiden Umno berkata dengan kaedah pemilihan pemimpin dalam Umno, politik wang akan dalam parti tersebut akan berakhir.

Najib berkata kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi Umno akan dibincangkan untuk pindaan perlembagaan parti itu pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 13 hingga 16 Oktober ini.

Katanya lagi dua kaedah itu ialah proses pemilihan ditentukan oleh 60,000 perwakilan di peringkat bahagian dan menerusi 'pilihan raya' membabitkan tiga juta ahli di peringkat cawangan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan semalam.

Bagi saya walaupun kaedah ini dilaksanakan ianya tidak akan menghapuskan amalan rasuah politik(politik wang) dalam Umno kerana ianya sudah menjadi darah daging dalam Umno.
Malah ianya menambahkan lagi gejala politik wang. Kaedah ini akan memberikan kelebihan kepada jutawan di dalam Umno kerana mereka akan merasuah semua ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian, ketua pemuda, wanita dan puteri pelbagai peringkat supaya memastikan anak buah mereka mengundi calon terbabit.
Selain calon-calon yang kaya ini juga mampu merasuah ahli-ahli Umno dalam bilangan yang ramai kerana mereka sanggup menghabiskan jutaan ringgit semata-mata untuk menang. Pada pemilihan baru-baru ini juga ada calon-calon yang berbelanja jutaan ringgit untuk kempen mereka.
Untuk pengetahuan Najib hanya ada satu cara sahaja untuk menghapuskan rasuah dalam Umno iaitu mematikan ahli Umno takut kepada Allah kerana rasuah adalah suatu dosa. Selagi Presiden dan ahli-ahli Umno tidak takut kepada Allah selagi itulah rasuah tidak dapat dibenteras di dalam Umno.

Comments