NAJIB BERETORIK LAGI

Pengasas 1Malaysia (yang membelakangkan Islam Hadhari )Najib Tun Razak menggariskan tiga budaya penting yang perlu diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk menjamin sokongan rakyat kepada parti utama orang Melayu itu, berada di tahap terbaik.

Beliau berkata, pelaksanaan budaya itu juga dapat memastikan UMNO yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang kewujudannya, terus kekal dalam politik negara.

Menurut beliau, tiga budaya penting itu ialah;
- Mendengar suara rakyat.
- Berkhidmat untuk rakyat.
- Mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Benarkan kerajaan BN mahu mendengar suara rakyat? Rakyat yang ingin menyampaikan memo meminta ISA dimansuhkan dizalimi dengan bedilan gas pemedih mata, air kimia, ditangkap dan dipukul.

Benarkan kerajaan BN berkhidmat untuk rakyat? Sedangkan banyak tindakan kerajaan BN lebih mengutamakan korporat, kroni dan sebagainya. Agensi kerajaan seperi Polis dilihat bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi berkhidmat untuk mengekalkan kuasa BN dengan menentang rakyat dan pembangkang.

Benarkan kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat? Sedangkan banyak isu tidak dapat diselesaikan. Harga barangan semakin meningkat, jenayah berleluasa, ekonomi makin teruk dan sebagainya. Sehingga hari ini rakyat terus terhimpit kehidupan mereka kerana harga barangan terus melambung tanpa kawalan.

Rakyat terus berada dalam ketakutan, kejadian bunuh berleluasa sehingga rakyat di bawah jagaan polis dan SPRM pun mati tanpa diketahui sebab musababnya. Kanak-kanak dirogol dan dibunuh sewenang-wenangnya seperti kes Nurin. Sharlinie sampai ke hari ini tidak ditemui. Peragut bermaharajalela. Penagih dadah meningkat. Polis lebih sibuk berlawan dengan rakyat yang mengadakan demontrasi aman. Polis lebih serius menganggu dan mengawal program PR dari menyelesaikan kes jenayah.

Kalau hendak dinukilkan di sini tidak cukup ruang dan masa terlalu banyak isu dan kebobrokan, kezaliman dan penipuan BN.

Comments

Anonymous said…
macam biasa, macam selalu, pemimpin umno memang suka bercakap macam tong kosong, gegar2 tapi nothing. tipu rakyat, permainkan rakyat. Hujung2 rakyat yang akan permainkan mereka, sbb rakyat tak hormat dgn mereka. barulah termenung dan terkedu. mcm tok dir.paklah pun.
Satu cadangan .

ADAKAN LAH SATU LAMAN WEB YANG MENYENARAIKAN SEMUA ADUAN/REPOT POLIS DAN SPRM YANG TELAH DIBUAT INDIVIDU/RAKYAT TENTANG KESALAHAN , SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH PEMIMPIN2 UMNO KHUSUSNYA DAN SEKUTU2 MEREKA DARI DULU HINGGA KINI DAN SENARAIKAN STATUS KES TERSEBUT, SAMADA MASIH DISIASAT, BELUM ADA TINDAKAN ATAU TELAH SELESAI DAN APA TINDAKAN UNDANG2 YANG DIKENAKAN PD MEREKA.
SAYA PASTI, JIKA LAMAN WEB INI DIUJUDKAN, MAKA RAKYAT AKAN BERTAMBAH TERBUKA MATA DAN MATAHATI MELIHAT KEPINCANGAN PEMIMPIN2 UMNO KHUSUSNYA DAN MELIHAT BAGAIMANA KES2 MEREKA 'DIBIARKAN' SAHAJA.....