Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyeru rakyat supaya tidak takut untuk menukar kerajaan yang ada sekarang demi kebaikan rakyat dan negara.
Beliau berkata dengan perubahan kerajaan sahajalah negara dapat diselamatkan dari gejala rasuah, kebangkrapan dan kesusahan rakyat.
"Rakyat khususnya orang Melaka jangan takut untuk buat perubahan ke arah yang lebih baik, kita tengok bagaimana rakyat Jepun berani menumbangkan parti LDP yang memerintah lebih dari 50 tahun dengan menukarkan mereka dengan parti baru yang langsung tidak dikenali".
"Kita tengok walaupun kerajaan baru memerintah, Jepun terus maju, rakyatnya tiada yang kebulur, kilang-kilang seperti Toyota, Nissan, Mitsubishi, Hitachi dan lain-lain terus beroperasi tanpa sebarang masalah" ujar Mahfuz.
Mahfuz berkata rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tiada yang kebulur malah mereka mendapat banyak manfaat dari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan Dun Bukit Baru di sini malam tadi.
"Di Selangor rakyat dapat air percuma, warga emas meninggal dunia warisnya dapat RM2,500 di Melaka apa yang kita dapat".
"Tiada seorang pun pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang disabitkan dengan rasuah, kebajikan rakyat dibela, pendapatan kerajaan negeri bertambah" tambah Mahfuz.
Menurutnya rakyat mesti sedar bahawa kerajaan yang ada pada hari ini sudah terlalu korup, zalim dan gagal mentadbir dengan baik.
"Kita bimbang jika rakyat tidak menukar kerajaan yang ada pada Pilihanraya Umum akan datang negara akan hancur dan rakyat akan menghadapi akibat dan keadaan yang sukar" kata Mahfuz.
Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat yang turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Melaka, G. Rajendran dan Exco AMK, Ginie Lim.

Comments