HANYA PEMIMPIN YANG SUDAH BERSARA BINA GALERI

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam membuka galeri sendiri di tapak rumah keluarga beliau di Bukit Katil. Kita ucap tahniah kepada beliau kerana terlalu awal membuka galeri. Setahu kita hanya pemimpin yang hendak berhenti atau bersara sahaja yang membina galeri supaya dirinya diingati oleh rakyat.


Mungkin Ali sudah ingin berhenti atau diberhentikan oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebab itu beliau awal-awal lagi membina galeri. Jarang sekali pemimpin yang sedang berkuasa dan tiada niat untuk bersara akan membuka galeri seperti ini. Ini suatu 'signal' bahawa beliau ingin berhenti agaknya.


Media semalam melaporkan bahawa pelancong yang mengunjungi Melaka kini berpeluang melihat secara dekat sejarah hidup Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menawarkan kediaman lama beliau sebagai galeri.

Mempamerkan kira-kira 20,000 barangan termasuk gambar Mohd Ali ketika zaman persekolahan selain cenderamata yang dihadiahkan kepada beliau, Galeri Mohd Ali Rustam itu dibuka rasmi malam tadi.
    
Bercakap kepada pemberita selepas pelancarannya, Mohd Ali berkata kediaman itu terletak di atas tanah pusaka milik keluarganya dan mula dibuka kepada umum sejak semalam dengan bayaran masuk RM1.
    
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang memiliki gambar lama beliau agar mempamerkan gambar berkenaan di galeri tersebut.
    
Selain galeri itu, Melaka turut menempatkan Galeri Tun Ghaffar Baba, Galeri Ketua Menteri Melaka dan Galeri Budaya Cheng Ho. 

Comments