KADAR JENAYAH DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengakui bahawa kadar jenayah di Malaysia membimbangkan di mana ianya terus meningkat dari masa ke semasa.


Beliau meminta pihak berkuasa supaya tidak menyorok fakta sebenar dari pengetahuan rakyat

 “Rakyat perlu tahu perkara sebenar tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah 

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah ” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam 

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan “Jika jenayah tak teruk tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’ “Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’ ” kata 

Kenyataan Musa di atas seolah-olah menggambarkan bahawa pihak-pihak tertentu cuba menyembunyikan fakta sebenar bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Malaysia adalah negara paling selamat dengan kadar jenayah yang sangat kecil. Sedangkan saban hari kita terbaca cerita pembunuhan, rogol, rompakan, ragut, culik dan sebagainya di dada-dada akhbar. 

Comments

Anonymous said…
Kadar jenayah teruk kerana ramai polis digunakan utk benda yg tidak perlu, contohnya mengawal kegiatan politik pembangkang yg dari segi undang2, benda tu tak salah pun.
Anonymous said…
Kepala bana lah.....dulu semasa jadi kpn bukan main pertahan lagi la ni kenapa cakap berlainan bahasa...ptuuuiiiiii
kampong lad said…
''sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah ”

dok sebut saja....nato
Anonymous said…
Bekas KPN ni berbohong ke? Baru lagi aku terbaca kenyataan oleh Hisham Husin Onn yang menurutnya Malaysia ni tempat yang paling selamat di Asia Tenggara.
Yang mana satu betul ni?
Tan Sri bekas KPN, Najib yang dapat banyak wang tu dikira melakukan jenayah tak? Polis bantai peserta Bersih3 baru-baru ni dikira melakukan jenayah tak? Kalau-kalau lah, sekali lagi, kalau-kalau lah, kedua-duanya jenayah, takder tindakan ke terhadap pelakunya?
Ke mereka ada lesen?
Sekadar bertanya jer!!!!
Anonymous said…
sindrom pulis pencen...