BEKAS SETIAUSAHA DUN PERAK SERTAI PAS?


Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri(foto) mengisytiharkan diri menyertai PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Abdullah hadir pada program anjuran PAS Perak semalam.

Dalam ucapan sulungnya beliau melahirkan kekesalan di atas tindakannya semasa menjadi Setiausaha Dun Perak pada zaman pemerintahan PR dan selepas itu kerajaan tersebut digulingkan secara rompakan oleh BN. 

“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?” Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu Akhbar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya pada majlis High Tea sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS di Hotel Hill City Ipoh semalam.

Abdullah juga menceritakan betapa pada tahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry Kadir.

"Terlalu ramai yang mengutuk saya. Ada blog yang menulis Abdullah Antong, bertaubatlah kamu" ujar Abdullah merujuk kepada blog Al-Husseyn.

Antara ikon baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak; bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar; bekas Ketua Jamaah Nazir KPM, Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin; pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman; bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid. 

Sumber : Blog Al Husseyn.(Klik di sini)



Comments