TAHNIAH KAK WAN, PKR DAN PR


Kemenangan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh hari ini dengan majoriti yang besar membuktikan bahawa PR terus relevan dan menjadi sandaran rakyat untuk membela mereka.


Walaupun diasak dengan pelbagai isu luaran dan dalaman calon PR tersebut menang selesa walaupun majoritinya berkurangan berbanding PRU 13 pada Mei 2013 yang lalu.

Kepada semua pengundi Permatang Pauh kita ucapkan syabas walaupun masih ramai yang mengundi BN walaupun mereka dihimpit dari pelbagai sudut. Nyata mereka yang mengundi BN dan mungkin ada yang tidak mengundi dan merosakkan undi, tidak peka dengan kesempitan hidup mereka sendiri lantaran kezaliman BN

Kita doakan semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang terus menyokong Umno/BN.

Comments

Anonymous said…
Andai UMNO serius nak buat HUDUD di Malaysia, UMNO boleh melakukannya secara sendirian disebabkan kuasa mereka terhadap badan kehakiman, badan penguatkuasaan dan jentera kerajaan dan sebagainya. UMNO tidak perlu bantuan PAS. UMNO hanya mahu mencucuk jarum pada pimpinan PAS yang masih berkhayal. Sehingga sekarang Najib belum menyatakan lagi pendiriannya terhadap HUDUD. Harap golongan agamawan tidak jadi BODOH ditipu oleh UMNO dulu, kini dan selamanya....Ingat sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, PAS bakal berceramah di belakang tandas rumah orang, sebelah semak samun dan sebagainya. ISLAM akan sentiasa menang tapi tidak parti PAS.