PRK KT : BN SEMAKIN TENAT, MUNGKIN LAKUKAN SESUATU UTK RAIH SOKONGAN?~ Ref Malaysiakini

Setelah 3 hari gerakerja kempen berjalan secara rasmi, kem BN terbukti berada dalam keadaan kritikal. Fenomena ini dapat dilihat terhadap sambutan rakyat kepada program PAS dan lawatan rumah-ke rumah calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut yang mendapat sambutan hangat.
Keadaan ini saya jangka akan merimaskan BN dan sudah pasti BN melakukan sesuatu untuk memastikan mereka menang.
Kemungkinan besar pilihanraya kecil ini akan menjadi medan untuk membuktikan kebobrokan BN. Tanda-tanda bahawa sesuatu perkara buruk akan dilakukan oleh BN sudah bermula dari sebelum penamaan calon lagi apabila lebih dari 6,000 anggota Polis ditempatkan di kawasan pilihanraya ini. Ianya merupakan suatu yang dahsyat bukan sahaja menyalahgunakan kuasa tetapi juga menghanguskan duit rakyat tanpa segan silu untuk perbelanjaan anggota dan prasarana pasukan polis yang berkampung di sana.

Saya bimbang selepas ini setelah BN memperkudakan Polis, mereka akan pula mengkudakayukan SPR untuk mencapai niat mereka untuk menang di Kuala Terengganu. BN boleh melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh menang.
Ini kerana mazahab politik yang mereka pegang adalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Kita semua memang sudah lali dengan kejadian seperti pengundi mati datang mengundi; pengundi mengundi lebih dari sekali kerana namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih di tempat berlainan; petugas PR menahan bas di mana penumpang bas mengaku datang untuk mengundi; daftar pemilih yang meragukan di mana terdapat begitu ramai pengundi berdaftar dengan alamat rumah yang sama malah tuan rumah tidak mengenali mereka. Bukan itu sahaja banyak lagi perkara pelik dan ajaib yang berlaku semasa pilihanraya.
Saya tidak menolak kemungkinan semua perkara di atas akan berulang di Kuala Terengganu lebih-lebih BN sekarang ini berada dalam keadaan tenat.

Comments