BULATAN AYER MOLEK : RM2 JUTA HANGUS RAKYAT MASIH TERDEDAH PADA BAHAYA ~ Ref Malaysiakini

Terbukti projek pembinaan bulatan Ayer Molek yang bernilai RM2 juta membahayakan pengguna.

Malang sekali duit rakyat hangus sebegitu banyak tetapi ia tidak menyelesaikan masalah. Bukan sahaja masalah kesesakan tidak dapat diselesaikan timbul pula masalah keselamatan.

Inilah satu lagi bukti bahawa projek yang dijalankan oleh kerajaan BN tidak dijalankan dengan kajian yang teliti dan professional. Akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa para pengguna jalan raya yang menggunakan laluan persimpangan Ayer Molek untuk pusat bandar atau sebaliknya, meminta pihak yang berkaitan memastikan bulatan Simpang Ayer Molek yang baru siap dibina di kawasan itu, dilengkapi ciri-ciri keselamatan sewajarnya.

Menurut mereka, terdapat beberapa masalah seperti kemudahan lampu jalan yang tidak berfungsi sepenuhnya di kawasan bulatan dan papan tanda arah yang tidak lengkap dipasang di kawasan itu dikhuatiri mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan.

Menurut Abdul Razak Hussien, 45, persimpangan tersebut baru siap dibina minggu lalu dan sudah pun berlaku kemalangan di situ.

"Pada waktu malam pula, saya lihat keadaan sekitarnya gelap, kerana lampu jalan tidak berfungsi, perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya," katanya.

Saya mengharapkan pihak-pihak berwajib segera mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Comments