PRK K.TERENGGANU : BN MENANG DENGAN MAJORITI 2,400?~Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik meramalkan BN akan memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti lebih dari 1,500 undi.

Keyakinan mereka bersandarkan dakwaan BN bahawa feedback yang baik dari pengundi Cina,, Melayu,India,kakitangan awam dan swasta terhadap cakon mereka. Selain itu BN sudah pasti akan mendapat lebih dari 95% undi pos. Jadi awal-awal lagi BN telahpun mendahului dengan kelebihan kira-kira 1,000 undi

Namun sungguhpun ramalan itu berpihak kepada BN,tetapi tidak kurang juga pemerhati politik percaya PAS akan menang kerana kawasan ini adalah kubu kuat PAS di mana PAS menang 3 dari 4 DUN di Kuala Terengganu.

Kem BN mendakwa bahawa majoriti pengundi yang diziarahi Wan Farid mengenali ayah calon BN. Ini kata sumber tersebut memberi kelebihan kepada Wan Farid.

Comments

perunding said…
jauh panggang dari api.
toksah mimpi
Kalau saya di hulur rm 300, saya pun akan cakap sokong bn , baik bn, bn prihatin, bn best dan kata-kata yang sejenis dengan nya.
Tapi, jangan harap waktu undi saya sokong bn. Niat "jahat" saya ialah untuk tanam bn sedalam 10 kaki bawah tanah hidup-hidup.
kalau Kera Jantan ( kj) son in law kepada Grand iman hadhari boleh cakap begitu, kita pun boleh cakap sedemikian.
Saya akan ambil rm 300 dan undi diberi kepada Pakatang Rakyat.
Anonymous said…
Tahniah ana ucapkan kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka kerana telah turun padang bertemu penduduk kampung Paya Mengkuang bagi membantu menyelesaikan masalah babi.

Dalam kesibukan jemaah kita memastikan kemenangan Islam di KT, ana harap jangan kita lupa menunaikan janji-janji kita membantu penduduk kampung di Melaka.

Mereka telah mula bertanya kepada ana, mana TINDAKAN SUSULAN PAS MELAKA selepas pertemuan pertama tempoh hari.

Ana harap, PAS jangan bersikap lepas tangan seperti UMNO kerana penduduk kampung ni dah bosan mendengar janji-janji politikus, akhirnya masalah mereka tak selesai juga.

Jika pandai berjanji, pandailah juga tepati.

Ikhlas,

Azam
Presiden GGMM
www.graduanmelayumuda.blogspot.com