PRK K.TERENGGANU : PAK LAH MULA RISAU ORANG UMNO TAK SUKA WAN FARID ~ Ref Malaysiakini

Presiden Umno mula risau dan bimbang kerana bukan sahaja penyokong PAS dan atas pagar tidak suka kepada Wan Farid tetapi ahli dan penyokong Umno sendiri meluat dan tidak suka kepadanya.
Ramai ahli Umno beranggapan, Wan Farid sombong dan susah untuk ditemui. Nampak jelas bahawa isu sombong dan mesra ini bukannya dibawa oleh PAS tetapi ianya memang menjadi kenyataan sehingga Perdana Menteri sendiri mula risau.
Akibat dari sambutan dingin terhadap BN dan calonnya yang dikatakan sombong Pak Lah terpaksa turun sendiri ke Kuala Terengganu berkempen dan memujuk orang Umno supaya menerima Wan Farid.
Malah banner dan signboard besar menggambarkan kemesraan Wan Farid dengan orang kampung terpaksa dipasang di serata kawasan Kuala Terengganu untuk menunjukkan beliau seorang yang mesra rakyat.
Nampaknya isu mencaci dan mencerca peribadi calon bukannya digunakan oleh PAS tetapi penyokong Umno sendiri yang merendah-rendahkan calon mereka.
Jelas sekali BN benar-benar terhimpit akibat kesilapan mereka memilih calon selain dari terpaksa menjawab isu pembaziran, isu kenaikan harga barang, isu ekonomi, isu maksiat, jenayah, keselamatan dan kemiskinan.

Comments

Anonymous said…
Tahniah ana ucapkan kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka kerana telah turun padang bertemu penduduk kampung Paya Mengkuang bagi membantu menyelesaikan masalah babi.

Dalam kesibukan jemaah kita memastikan kemenangan Islam di KT, ana harap jangan kita lupa menunaikan janji-janji kita membantu penduduk kampung di Melaka.

Mereka telah mula bertanya kepada ana, mana TINDAKAN SUSULAN PAS MELAKA selepas pertemuan pertama tempoh hari.

Ana harap, PAS jangan bersikap lepas tangan seperti UMNO kerana penduduk kampung ni dah bosan mendengar janji-janji politikus, akhirnya masalah mereka tak selesai juga.

Jika pandai berjanji, pandailah juga tepati.

Ikhlas,

Azam
Presiden GGMM
www.graduanmelayumuda.blogspot.com
Anonymous said…
1) Kalau PAS lepas tangan, terlepas la babi2 kat sana tu kan....sian PAS.....

2)lepas tu, suruh la si Sofi Ketua Penerangan yang x terang2 kepala otaknya tu pergi carik kat mana babi2 tu pergi....hahahaaaa.......
Perawi said…
Taniah PAS melaka sudah ada blog, saya pergi keM tahun, 1999 dari trg hanya 4 bendera kini sudah dapat tawan kota melaka. semoga kita dapat tawan Msia pru nanti. Takbir