PRK KUALA TERENGGANU : MENGUNDI DALAM AIR? ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada perkembangan terkini kita tidak menolak kemungkinan bahawa pengundi-pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi pada ketika banjir. Ini memandangkan fenomena banjir mungkin melanda kawasan tersebut.

Jika ini berlaku mungkin kempen pilihanraya kecil (PRK) ini merupakan kempen paling basah pernah diadakan dalam sejarah PRK. Namun kita berharap banjir yang mula melanda Terengganu ini tidak merebak sehingga hari pengundian. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menahanNya. Samada orang baik atau jahat semuanya akan terkena bala dari Allah.

Saya pasti keadaan hujan yang terus melanda negeri-negeri Pantai Timur ini membimbangkan SPR dan parti-parti yang bertanding. Mereka sudah pasti terpaksa mempersiapkan jentera masing-masing dengan kelengkapan musim hujan dan banjir. Antaranya bot, perahu, sampan, payung, baju hujan, pelampong, jaket keselamatan, petugas-petugas, kenderaan yang sesuai, makanan dan sebagainya.

Media hari ini melaporkan bahawa keadaan banjir di Terengganu terutama di Kemaman semakin buruk sementara di Setiu beransur pulih pagi ini, dengan keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu kini 445 orang berbanding 349 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata, daripada jumlah itu, seramai 407 orang di Kemaman, meningkat daripada 308 semalam, manakala di Setiu kini hanya tinggal 38 orang.
Di Kemaman, 11 pusat pemindahan telah dibuka sehingga pukul 8.45 pagi ini manakala di Setiu sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Tasik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pusat-pusat pemindahan di Kemaman ialah di dewan orang ramai Kampung Teladas, Bangunan GWT Felda Seberang Tayor, Balairaya Batu 14, Rumah JKKK Kampung Dadong, Dewan Serbaguna Padang Kubu, Tadika Padang Kubu, Surau Seberang Tayor, Masjid Batu 16 Tebak, Balairaya Ibok, Balairaya Kampung Padang Kemunting dan Dewan Sivik Kampung Pasir Gajah.

Sementara itu, keadaan cuaca hampir keseluruhan negeri Terengganu adalah dalam keadaan mendung dan hujan dijangka turun hari ini.

Kita mendoakan bala Allah berupa banjir tidak menjadi bertambah buruk. Semoga semuanya selamat dan sejahtera.

Laporan di atas saya perolehi dari Bernama.

Comments