KEKEJAMAN YAHUDI : KERAJAAN MALAYSIA MESTI SERIUS TANGANINYA ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Malaysia dilihat masih belum serius dalam menangani isu kekejaman Israel di Palestin. Walaupun kerajaan dilihat mengutuk kekejaman Israel di Gaza namun kerajaan Malaysia seolah-olah masih percayakan PBB bagi menyelesaikan masalah di sana sedangkan PBB lah yang sebenarnya mengiktiraf negara haram Israel tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha menyedarkan negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain supaya bangkit menentang kekejaman Israel yang direstui oleh Amerika dan sekutunya.

Masalahnya sekarang kebanyakan Negara Arab dan negara umat Islam terus tunduk dan patuh kepada Amerika sehingga negara-negara ini senyap tidak membuat bantahan secara rasmi kepada Amerika dan Israel. Malah kerajaan Palestin pimpinan Fatah sendiri masih terus percaya kepada Israel dan masih ingin berunding dengan Yahudi tersebut.

"Malaysia mesti memainkan peranan menyedarkan pemimpin-pemimpin negara Arab dan negara umat Islam lain supaya bangkit menggunakan senjata minyak dan ekonomi bagi menekan Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya".

"Kita hentikan ekspot minyak, boikot barangan mereka secara rasmi, putuskan hubungan dagang dan diplomatik sehingga mereka berhenti menyerang Gaza" kata Hj Bakrin dengan serius.

Haji Bakrin juga berkata sudah sampai masanya negara umat Islam bersatu dalam hubungan perdagangan, ekonomi dan ketenteraan dengan itu Israel dan Amerika akan gerun kepada negara umat Islam. Masalahnya sekarang negara umat Islam sendiri tidak sepakat dan masing-masing menikus dan patuh kepada Amerika dan Israel.

Kerajaan Malaysia juga menurut Bakrin, mesti menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Amerika supaya memaksa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza serta merta.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah-lagkah drastik di dalam negara bagi memberikan tekanan kepada Israel dan Amerika. Antaranya :-

1) Arahkan semua jabatan dan agensi kerajaan memboikot barangan Amerika, Israel dan sekutunya serta merta

2) Arahkan semua media kerajaan dan swasta menghentikan iklan dan promosi barangan Amerika, Israel

3) Arahkan semua syarikat swasta memboikot barangan Amerika, Israel dan sekutunya

4) Tubuhkan tabung khas atas nama kerajaan Malaysia bagi membolehkan agensi, jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya menderma untuk Palestin

5) Arahkan semua masjid dan surau membuka tabung derma setiap waktu untuk Palestin

6) Agensi kerajaan berkaitan mesti mengeluarkan senarai barangan keluaran Israel, Amerika dan sekutunya bagi memudahkan rakyat memboikotnya.

7) Arahkan semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dan qunut nazilah tiap-tiap hari.

Bagi pihak orang awam dan NGO, Haji Bakrin mencadangkan supaya pemboikotan barangan Amerika, Israel dan sekutunya dilakukan dengan serius oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mesti memboikot produk jaringan Israel antaranya barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC, Nestle dan sebagainya.

Menurut Haji Bakrin lagi, boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam.

Jadi jangan ada rakyat khasnya umat Islam merasakan program boikot ini tiada kesan dan tiada kaitan dengan Islam.

Comments

Anonymous said…
boikot windows ( word, excel, powerpoint), macintosh, apple, acer, dell, intel (dalam cpu),senapang M16,AK47,KFC, yahoo, google, internet,blogspot, hantar balik duta amerika, hentikan eksport barangan ke amerika, sesiapa yang bekerja di company amerika, letak jawatan serta merta, hentikan guna boeing untuk penerbangan ( kalau boleh guna sampan buatan malaysia).
Anonymous said…
DARI MALAYSIANNIGER .........

HAI ABANG,TIDAK PERLU GAJA TEPI KAIN ORANG......
TOLONG BERI PERHATIAN DI DALAM NEGARA MALAYSIA.......
KEKEJAMAN YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA ABANG TAK NAMPAK.
BERSIHKAN RUMAH SENDIRI DAHULU...
LEPAS ITU BARU KELUAR BERSIHKAN RUMAH ORANG.......

TAPUK DADA TANYA SELERA......
ADA KE PERHATIAN DI BERI SAMA RATA KEPADA SEMUA KAUM....DI MALAYSIA.
ADA TAK ABANG AMBIL TAHU KE SENSARAAN YANG DI ALAMI OLIH KAUM LAIN DI MALAYSIA...
ADA TAK ABANG NAMPAK KAUM LAIN DI ABAI DI NEGARA MALAYSIA.....
ABANG SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENAMBIL TAHU SEMUA YANG SAYA SEBUT DI ATAS,TAPI ABANG DAPAT NAMPAK KELEMAHAN DI NEGARA ORANG LAIN.
SAYA MALAYSIANNGER BERSETUJU DENGAN ABANG APA YANG DI LAKUKAN OLIH ISRAEL ITU KEJAM......

TAPI ABANG TAK NAMPAK KEKEJAMAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA DI DEPAN MATA ABANG SENDERI.
BAIK ATAU BURUK KITALAH RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ADIK BERADIK HIDUP BERSAMA.......
KAUM LAIN PUN MEMERLUKAN BANTUAN,SEMAGAT,PENGHAGIHAN SAMA RATA DAN SATU PERSEFAHAMAN HIDUP SEBAGAI SATU KELUARGA DI NEGARA KITA MALAYSIA.......

KITA MEMERLUKAN SEMAGAT PERPADUAN ITU DI KEMBALIKAN......
ABANG BAIK BURUK KITA YANG MEMIKUL BERSAMA.......

MALAYSIANNIGER BERSAMA MAKAL SAKTI.....
Anonymous said…
Mengambil petikan Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek "Kita hentikan ekspot minyak, boikot barangan mereka secara rasmi, putuskan hubungan dagang dan diplomatik sehingga mereka berhenti menyerang Gaza" tidak akan memberi ape2 kesan sekalipun selagi manusia di zaman ini asyik mengejar hal dunia semata mata. Seharusnya, perlu ade program yang lebih bersifat ekstrem seperti memupuk semangat membenci Yahudi dan Amerika Syarikat. Mungkin kita patut menyiarkan banyak documentari tentang peperangan antara Palestin dan Israel. Mungkin kite boleh membuat satu dokumentari berkenaan keuntungan yg diperoleh dari penjualan McD or KFC or sebagainya mungkin sebagai fund utk tentera Zionis berperang. Dari situ mungkin akan dapat memberi kesedaran kepada kita, menginsafi kita dan secara tak langsung membenci bangsa Yahudi ini. Saya amat bersetuju sekiranya Kerajaan Malaysia boleh meng 'BrainWash' rakyatnya dengan cara yang sedemikian. Secara tak langsung lebih mudah untuk kita memboikot barangan mereka. Sekian
Anonymous said…
Kita umat islam sudah tahu sifat-sifat Bani Israel/yahudi di dalam Al-Quran, tetapi bolehkah kita melihat perspektif dunia sekarang? Bilakah/mengapa/bagaimana Israel dan Palestim berperang?

Israel mahu melindungi penduduknya, seperti juga Palestin. Tetapi, mereka berdua ni tak mahu mengalah. Hamas bedil Israel, Israel akan bedil Hamas SERTA penduduknya kerana Hamas menjadikan penduduk sebagai perisai manusia.

>>Dalam bab ini, saya tak sokong mana-mana pihak. Atas nama hak asasi manusia, kedua-dua pihak perlu mengalah!<<

Kembali kepada bab boikot, ia hanya langkah untuk orang-orang yang lemah (minta maaf). Cuba bayangkan kalau boikot berjaya, kita secara tidak langsung 'membunuh' (baca: menyeksa) rakyat kita sendiri yang bekerja di kilang. Mereka akan dipecat dan kadar pengangguran akan terus meningkat.

Saya umat Islam,