PRK KT : JABATAN HAL EHWAL KHAS GUNA DUIT RAKYAT KEMPEN UNTUK BN ~ Ref Malaysiakini

BN terus menyalahgunakan duit rakyat secara terang-terang apabila mengarahkan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibayar gaji dengan duit rakyat untuk berkempen di Kuala Terengganu. Ini merupakan suatu penyelewengan yang dahsyat dilakukan oleh kerajaan BN.

Saya harap rakyat supaya bertindak menolak BN pada PRK Kuala Terengganu kerana jelas kerajaan BN tidak segan silu menggunakan duit rakyat untuk kepentingan parti. Saya dan rakyat Malaysia tidak akan redha satu sen pun duit kami digunakan. Kami akan tuntut di HARI PEMBALASAN nanti.
Dakwaan saya sebelum ini yang menyatakan kerajaan BN menggunakan duit rakyat untuk berkempen di Kuala Terengganu terbukti apabila akhbar Melaka Hari ini melaporkan bahawa para pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Melaka turut membantu kempen Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu bagi memastikan kemenangan BN pada 17 Januari ini.
Pemangku Pengarah JASA Melaka, Sapian Abu Sop berkata beliau dan pegawai-pegawainya telah bersama-sama turun padang pada hari penamaan calon, semalam.
Menurutnya juga JASA Melaka juga telah diarahkan oleh ibu pejabat JASA di Kuala Lumpur agar menghantar seramai lapan kakitangan petugas.
Pegawai-pegawai terbabit telah diarah bertugas di sana sejak 27 Disember 2008 lalu sehingga 17 Januari 2009 ini iaitu hingga hari mengundi.

Comments