PRK K.TERENGGANU : BN TAK YAKIN MENANG SEBAB ITU TEMPATKAN LEBIH 6,000 POLIS ~ Ref Malaysiakini

BN benar-benar dalam kelemasan. Mereka tidak yakin akan menang dengan mudah. Malah sumber dalaman Umno mendakwa bahawa kedudukan sekarang ini adalah 50:50. Jika BN tidak menggunakan taktik kotor dan tipu helah sudah pasti Wan Farid akan kempunan untuk mendapatkan semula jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Untuk itu BN akan melakukan apa sahaja yang terfikir di dalam kepala otak mereka hatta ianya mungkin bertentangan dengan undang-undang pilihanraya, undang-undang negara, Islam dan demokrasi. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara adalah mazhab politik yang mereka ikut dari dahulu, kini dan selamanya.
Tanda-tanda permulaan sudah jelas dari sejak beberapa minggu lalu, apabila lebih 6,000 anggota Polis sudah ditempatkan di Kuala Terengganu. Apa motif dan matlamat mereka menempatkan anggota Polis seramai itu? Saya yakin mereka cuba mengulangi kejayaan pada PRK Bukit Payong pada era 90-an apabila anggota Polis ditempatkan dengan begitu ramai sehingga menakutkan pengundi dan akhirnya mereka menang.
Selain itu ada pihak yang juga bimbang dengan kebanjiran Polis ini akan memudahkan BN membuat tipu helah bagi membantu mereka menyusup pengundi hantu untuk mengundi. Tiada siapa dapat menjamin bahawa tiadanya pengundi hantu, lebih-lebih dalam daftar pemilih sendiri terdapat masih ramai nama-nama pengundi yang sudah mati dan nama-nama pengundi yang didaftarkan dengan alamat rumah yang sama, sehingga jumlahnya melebihi 20 orang pada alamat yang sama.
Saya juga yakin BN akan menggunakan seribu satu macam helah dan penyelewengan pada kali ini kerana PRK Kuala Terengganu ini medan untuk menguji kepimpinan Najib. Jika BN tewas sudah tentu muka Najib terconteng arang kerana beliau bakal mengambilalih jawatan PM dan Presiden Umno Mac ini. Maka Najib akan menggunakan apa sahaja cara untuk memenangkan BN.

Comments