Saya ditakdirkan tidak dapat bersama-sama pejuang Islam dan rakyat untuk berarak menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu pada hari ini. Begitu juga dengan penamaan calon PRK Permatang Pauh Ogos tahun lalu.
Namun Insya Allah jiwa dan semangat saya tetap bersama kalian. Bilangan yang ramai di pihak kita dan kekentalan semangat yang ditunjukkan pada hari ini amat penting sebagai isyarat awal kepada BN dan kuncu-kuncunya bahawa rakyat sudah muak dengan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan.
Jangan takut dan gentar wahai sahabat sekalian walaupun 'parti komponen terbaru' BN menghantar lebih 6,000 ahlinya kononnya untuk mengawal keselamatan. Sahabat berbondong-bondong ke Kuala Terengganu bukannya untuk berbalah dan 'bergocoh' tetapi tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman dan belenggu kezaliman manusia yang bertopengkan demokrasi dan melacurkan secebis kuasa yang tidak akan kekal lama untuk kepentingan diri.
Ayuh sahabat ku terus mara jangan undur ke belakang bermula dengan saat ini pastikan tidak ada seorang pun pengundi Kuala Terengganu yang tidak kalian temui dan rayu. Di samping itu pastikan nanti tidak ada 'zombi' yang datang mengundi bagi pihak pengundi yang mati atau pengundi yang namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih.
Saya yakin sedang saya mengetuk keyboard PC buruk saya ini, sahabat semua sudah mula berarak atau berkumpul di tempat yang dikhaskan. Teruskan perjuangan dan jangan toleh ke belakang dan kiri kanan lagi. Perjuangan mesti diteruskan hingga BN tersungkur 17 Januari ini dan seterusnya berkubur di Malaysia.
Insya Allah Jumaat ini saya akan sampai untuk membantingkan tulang 4 kerat ini sedaya upaya membantu kalian.
Insan Kerdil, Melaka
8.30, 6 Januari 2009
Comments