KRONI KAYA RAYA DENGAN PROJEK BN ~ Ref Malaysiakini

Assalamualaikum,

Sekiranya PPSMI dihapuskan maka banyaklah syarikat2 kroni BN akan tutup. Saya berkata begini kerana saya ada pengalaman selama 4 tahun sebagai sub-con kepada syarikat2 kroni BN bagi penghantaran ke sekolah2 seluruh Malaysia. Boleh dikatakan setiap syarikat2 kroni ni btl2 buat duit dengan kontrak2 yang mereka terima.

Sebagai contoh pada tahun lepas, penghantaran peti besi(safe cabinet) keseluruh sekolah diseluruh negara. Cuba syekh bayangkan berapa banyak sekolah menengah dan berapa banyak sekolah rendah. Untuk sekolah menengah seluruh negara mendapat peti besi besar yang berharga RM 4,800.00, manakala sekolah rendah mendapat peti besi kecil berharga RM3,850.00 seunit. Itu belum lagi dikira penghantaran note book sebelumnya.

Saya harap syekh dapat cari butir2 yang lengkap dan up-load dkt msiakini, baru orang ramai tau kenapa kerajaan susah sangat nak hapuskan PPSMI.

Najib Norish (dihantar melalui email)

Comments

Unknown said…
Sebab itu jugalah kenapa tak sampai dua tahun buku teks ditukar kepada edisi yang baru. Dengan itu murid-murid tak boleh pakai buku edisi lama.
Malah buku sejarah pun turut bertukar edisi baru, padahal sejarah sampai bila-bila pun sama saja.
Anonymous said…
Setuju sngt. PPSMI mmg mengayakan kroni. Tak tahu apa kejadahnya tujuan peti besi "bodoh" (baca: org yg suggest bg peti tu yg bodoh) yg bukan saja besar tp berat. Tak ubah mcm peti besi dlm citer Hindustan.

Cuba buat kajian berapa kerat sekolah yg menggunakannya sekarang? Kalau nak digunakan utk menyimpan laptop dan LCD kenapa setelah beberapa tahun PPSMI berjln sekrang baru nak bg kat sekolah-sekolah? Lgpun sekolah sekrang masing-masing telah megambil langkah yg lebih bijak utk mnyimpan laptop dan LCD ni jauh lebih dulu dr keputusan utk memberi peti besi bodoh ni.

Bukan itu sj, buat juga kajian berapa kerat sekolah yg menggunakan LCD yg digantung di setiap kelas?

Semua ini pembaziran.