PRK KT : TIADA PERBEZAAN, DAFTAR PEMILIH TERUS DIPERTIKAIKAN ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya harapan untuk kita tidak melihat hantu pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu tidak kesampaian. Ini kerana besar kemungkinan hantu atau zombi akan tetap datang mengundi pada hari pengundian pada 17 Januari nanti.

Ini kerana dilaporkan bahawa masih terdapat ramai nama-nama pengundi yang mati di dalam daftar pemilih. Begitu terdapat nama-nama pengundi yang mendaftar pada alamat rumah yang sama. Macamana boleh terjadi satu keluarga mempunyai begitu ramai ahli keluarga dan tuan rumah tidak pula mengenali pengundi tersebut.

Harakahdaily melaporkan bahawa terdapat 90 pengundi dikesan di sebuah rumah di Kampung Kuala Ibai dan 453 nama pengundi didaftarkan menggunakan rumah tanpa alamat Kampung Gong Tak Nasek.

Nampaknya hantu mungkin akan tetap berkeliaran pada hari mengundi nanti disebabkan keraguan di atas.

Rakyat mengharapkan Pengerusi SPR yang baru Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap senario yang meragukan ini. Jika beliau tidak mengambil apa-apa tindakan maka harapan rakyat untuk melihat perubahan pada SPR di bawah kepimpinannya berkecai. Rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada SPR sebagaimana yang berlaku kepada SPR ketika di bawah pimpinan Abdul Rashit Abdul Rahman dahulu.

Comments