TINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS ANGGOTA JEMAAH, HADIRI LATIHAN ALPEN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka, Khairul Che Salleh berkata ahli-ahli PAS khasnya di Melaka boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam organisasi dan gerakerja jemaah dengan menghadiri siri latihan anjuran AKADEMI LATIHAN PENERANGAN atau singkatannya ALPEN.

ALPEN menawarkan pelbagai latihan yang berujuan untuk meningkatkan kemahiran pimpinan dan ahli-ahli PAS dari masa ke semasa.

Lajnah Penerangan PAS Melaka yakin akan peri pentingnya ahli-ahli PAS terutama ahli-ahli baru dan pimpinan baru dilatih bagi mempastikan mereka bersedia untuk memikul amanah yang diberikan kepada mereka.

Untuk itu maka ALPEN ditubuhkan pada 1 Muharram 1430 yang lalu.

Antara modul yang disediakan ialah :-

1. Teknik Pengucapan Awam – 2 hari
2. Teknik Pemberitaan – 1 hari
3. Teknik Pembinaan Blog – 1 hari
4. Teknik Pengendalian Mesyuarat – ½ hari
5. Teknik Penulisan Minit Mesyuarat – ½ hari
6. Pengurusan MTD – 1 hari
7. Pengurusan UPU – 1 hari
8. Gerakerja Penerangan – 1 hari
9. Pengurusan PAS Kawasan – 1 hari
10. Pengurusan PAS Cawangan – 1 hari
11. ‘Key Performance Indicator’ PAS – ½ hari
12. Gerakerja Pilihanraya (Penerangan) – 1 hari
13. Teknik membuat kenyataan akhbar – ½ hari
14. Teknik mempromosi PAS – ½ hari
15. Teknik Penyelesaian Masalah – ½ hari
16. Sistem Pengurusan Kualiti Jemaah – 1 hari
17. Isu-isu semasa – 1 hari
18. Teknik Mempengerusi Majlis – ½ hari
19. Perancangan Strategik – 1 hari
20. Pengurusan Portfolio dalam organisasai Pilihanraya – ½ - 1hari untuk setiap portfolio
21. Semua jenis motivasi untuk pelajar, pekerja, ibubapa dan lain-lain.
22. Semua jenis kursus Smart Learning untuk pelajar
23. Kem-Kem Motivasi untuk Organisasi, pelajar, pekerja dan lain-lain.
24. Explorace
25. Kursus-kursus untuk Nisa', Remaja dan sebagainya
26. Kem Bistari solat
27. Pengurusan Masa
28. Kursus Kepimpinan dan pemantapan organisasi

Pengarah ALPEN ialah Sofi Wahab dan setiausahanya ialah Ustaz Khirul Che Salleh.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat ALPEN di talian 06-293 5486 atau 019-682 1318 atau email : penjana@gmail.com atau sofiwahab@gmail.com

ALPEN juga bersedia untuk mengendalikan kursus dan latihan di luar negeri Melaka.

Comments

si lembik's said…
akhi..ana rasa akhi buat satu lagi blog & then letak pada ruangan iklan...jadi semua dapat refer..kalo letakkan kat ruangan artikel nanti dok hilang lagu tu saje......sekadar bagi cadangan..tambahan jika wat macam iklan orang sentiasa refer..ala lebih kurang macam wat kempen jom sertai PAS..klik pada gambar terus kuar borang....
Anonymous said…
memang dalam perancangan, Insya Allah dalam perancangan. Ana sengaja war-warkan dulu dalam bentuk berita. Macam iklan looking for training kat atas tu ........
si lembik's said…
ha betui2...kata upin ngan ipin...cayala bro....any info btau...ana berminat ngan prog2 macm ni..dapat tambah pengalaman