Riuh rendah pemimpin Umno menghentam DAP dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Hairan pada Persidangan Umno kali ini DAP yang teruk dibantai, biasanya PAS dan PKR yang kena teruk. Mungkin Umno merasakan bahawa dengan membantai DAP mereka akan dapat menghakis sokongan orang Melayu kepada PR kerana DAP anggota PR.
Dalam banyak hujah-hujah Umno pada persidangan tersebut, ada satu hujah yang menunjukkan Umno cuba memperbodohkan rakyat dan pada masa yang sama menggambarkan Umno tidak tahu matematik. Mereka menuduh bahawa DAP akan memimpin PR jika PR menang. Pelik bin ajaib.
Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam jawapan kepada serangan Umno ini berkata adalah mustahil perkara itu berlaku kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.
“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?
“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.
Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

Comments