Melaka DICABAR beri AIR PERCUMA

Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMK), Mohd Nazri Mohd Yunos mencabar kerajaan Melaka melaksanakan program air percuma kepada rakyat negeri ini jika benar mereka adalah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat.

"Kalau betul Melaka sebuah negeri yang mementingkan kebajikan rakyat, saya cabar kerajaan negeri Melaka supaya memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu sebagaimana yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor."

"Kerajaan negeri Melaka sering melaung-laungkan bahawa mereka telah lama melaksanakan program kebajikan kepada rakyat di negeri ini."

Nazri berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Melaka di Taman Merdeka malam tadi.

Nazri berkata kerajaan negeri Selangor membelanjakan kira-kira RM12juta sebulan bagi membiayai pembayaran air percuma sebanyak 20 meter padu.

"Jumlah 20 meter padu ini bukan sedikit dan ianya jelas berjaya mengurangkan beban rakyat yang sekarang ini terhimpit dengan kenaikan harga barang dan lain-lain"

Menurut Nazri, kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) juga berjaya mentadbir kewangan masing-masing dengan baik dan ianya disahkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

"Semua negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat pengiktirafan yang baik dari Ketua Audit Negara dari segi pentadbiran kewangan dan jauh meninggalkan negeri-negeri BN yang hanya pandai berhutang dan tidak membayarnya kepada kerajaan pusat" tambah Nazri.

Selain Nazri turut sama berceramah pada program tersebut ialah Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw; Ketua Wanita PKR Melaka, Mahani Masban; Exco AMK Pusat, Ginie Lim dan Ketua Cabang PKR Bukit Katil, Yusof Abdullah.

Comments

otaklunyai said…
Nak beri air free?????? ayo-yo tanah wakaf pun kena jual Oooooo... itu malayu cakap.. itu kucing keluar tanduk pun air tarak free punya kalo ini macam punya olang jadi pemimpin... bolo punya olang...