Pimpinan Umno terus menerus menanamkan 'khurafat' kepada orang Melayu kononnya hanya Umno yang mampu mempertahankan orang Melayu. Sedangkan sudah lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan Malaysia, Umnolah yang menggadaikan Melayu (Pengkhianatan Umno - Klik untuk membacanya).
Pada masa yang sama Umno cuba menggelapkan fakta dengan menyatakan bahawa jika Umno kalah maka DAP akan menjadi ketua negara sedangkan kita semua tahu jika calon-calon Umno kalah maka calon yang menang sudah tentulah dari PAS atau PKR yang berbangsa Melayu. Ini kerana semua kerusi yang ditandingi oleh Umno akan ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan PKR. Tidak berbangkit isu DAP akan menang kerana DAP hanya bertanding menentang calon MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.
Jelas sekali pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita semua yakin bahawa rakyat sudah semakin sedar dengan permainan politik perkauman dan sentimen agama yang dimainkan oleh Umno BN dan rakyat sudah bersedia untuk menghukum Umno BN jika mereka meneruskan tradisi berpolitik dengan menggunakan semangat perkauman sempit ini.
Semalam Presiden Umno, Najib Razak berkata orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam.
“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.
“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.
“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.
Comments