Pemimpin Amanah, Rakyat Sejahtera, Negeri Makmur


Pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka, mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGERI MAKMUR bagi menyelesaikan masalah rasuah, penindasan rakyat dan membentuk negeri makmur.


Melaka dilihat adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang tidak amanah dan pengamal rasuah apabila Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Agung Umno yang lepas. Macamana seorang pemimpin yang rasuah boleh terus memimpin negeri ini, sudah tentu seseorang yang mengamalkan rasuah akan mengamalkan rasuah di mana sahaja kerana ianya sudah menjadi perangainya. Jika pemimpin rasuah maka tidak hairanlah banyak wang rakyat akan tiris dan terbang akibat rasuah.

Bayangkan bagaiman duit zakat boleh digunakan untuk membuat bangunan MAIM dengan harga RM13.5 juta sedangkan masih ramai asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Selain itu rakyat mahukan semua undanh-undang dan peraturan yang menekan rakyat khasnya yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan lain-lain. Pakatan Rakyat Insya Allah akan mengkaji semua undang-undang dan peraturan ini bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang sememangnya tertekan dengan masalah harga barang yang semakin meningkat.

Antara perkara yang boleh dikaji ialah bayaran parkir, denda parkir, lesen perniagaan dan sebagainya.

Kita yakin jika Melaka mempunyai pemimpin yang amanah dan mengutamakan rakyat banyak masalah negeri dan rakyat akan diselesaikan. Bayangkan sebuah negeri yang kecil seperti Melaka mencatatkan hutang berjumlah RM853 juta sehingga tahun 2010 dan ianya langsung tidak dibayar pada tahun 2010 seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Selain itu kos projek yang membazir dapat dihitung melebihi RM239.6juta yang digunakan untuk membina kincir air, monorel, Eye On Malaysia dan lain-lain. Wang sebanyak RM239 juta boleh digunakan untuk membina 3422 buah rumah kos rendah, boleh membiayai seramai 8557 pelajar dengan biasiswa penuh dan boleh membina 4792 buah klinik kesihatan di Melaka. Namun duit rakyat ini dibazirkan dengan projek-projek yang tidak berdaya maju dan membazir.

Melaka sudah tentu akan menjadi negeri makmur dengan pemimpin yang amanah, bersih dan telus dan kesejahteraan rakyat akan lebih baik dengan undang-undang serta peraturan yang mengambilkira kebajikan mereka.

PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA, NEGERI MAKMUR

Comments