SALAH GUNA DUIT ZAKAT : Orang ISLAM MELAKA MESTI BANGKIT


Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib bangkit membantah tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

:"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM? ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

:Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

Comments

aku pon hairan ramai org islam bayar duit zakat tp ramai jugak rakyat masih daif dlm malaysian ni...pelik2
opisboi said…
allo bro! lu buang karan jerlah suruh melayu melaka bangkit lawan ali ketam @ umporno...kat melaka kalau letak batang pisang calun bn pun pas bolih ilang wang pertaruhan..keh3