HKR GAGAL : TAK RAMAI HADIR, LANGGAR PERJANJIAN, LANGGAR UNDANG-UNDANG


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) yang berlangsung semalam gagal di mana hanya kira-kira 30,000 yang hadir walaupun sasarannya adalah 1 juta. Ternyata rakyat sudah muak dengan retorik pemimpin pembangkang.

Selain dari itu Himpunan yang lebih dikenali dengan Himpunan Shamsidar (HS) itu jelas melanggar syarat yang hanya membenarkan 30,000 orang hadir seperti yang dipersetujui oleh penganjur dengan Perbadanan Stadium. Malah para peserta HS juga melanggar undang-undang dengan membawa anak-anak di bawah umur 15 tahun.

Para peniaga dan pemandu teksi juga merungut kerana hilang mata pencarian untuk hari semalam. Ramai warga kota juga merungut kerana kesesakan lalulintas dan sampah sarap bertaburan di serata tempat.

Itulah agaknya antara intipati laporan media pencacai Umno/BN malam tadi dan hari ini. ........biarlah gambar-gambar di media alternatif, internet menjawab semua tohmahan dan laporan jahat ini.

Comments