LISTEN LISTEN SAYA TAK SANGKA VIDEO INI MELETUP (VIDEO)


Listen Listen Listen Bawani kata Tak Sangka Video itu Meletup........itu reaksi Bawani ketika ditanya oleh rombongan Dewan Pemuda PAS Perak di rumahnya semalam..

Beliau kelihatan terkejut dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi..





NONE
Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani terus menerima pujian selepas insiden 'perang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang sebaliknya menjadi sasaran cemuhan pelbagai pihak.


Sebuah video 24 minit Sharifah 'menegur' Bawani semasa 
sebuah forum di UUM bulan lepas, hangat di Youtube minggu lalu, dan mencetuskan pelbagai jenaka di internet serta gambar dan video yang mempersendakan pengerusi SW1M itu.


Walaupun Bawani adalah dari NGO yang berkaitan dengan PSM, namun sokongan turut diterima dari parti BN manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.



Sesetengah warga siber mencadangkan supaya baju-T dihasilkan dengan memaparkan kata-kata Sharifah -  "listen, listen, listen..." - yang diulanginya sebanyak 11 kali terhadap Bawani.

Manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang didominasi kumpulan pro-Aspirasi turut mengecam tindakan Sharifah itu, dengan berkata Sharifah berbicara perihal “menghormati”, namun dia mungkin terlupa perihal “menghina”. .

"Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari menghormati kami," tegas Yang Dipertuanya, Izham Ismail. 

"Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung, lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.," katanya merujuk kepada hujah Sharifah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mengadu banyak sangat kerana haiwan pun mempunyai masalah.

Izham juga semua pihak perlu belajar daripada insiden tersebut.

NONE
"Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata, mungkin 
kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri.

"Musuh sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional yang kian hilang dalam diri kita," tambahnya.

Menurut Izham, beliau saya mewakili kepimpinan MPPUM untuk menyatakan pendirian mereka menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat mahasiswa.

"Saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal halatuju negara. Moga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya," tambahnya. 

Comments