KATA BN KALAH SATU KESALAHAN BESAR?

Silap sedikit sahaja anda akan digantung kerja malah kemungkinan besar anda akan dibuang kerja. Jika ada berkata BN akan kalah pada PRU 13 nanti, itu adalah kesalahan yang sangat besar. Anda hendaklah setiap kali membuka mulit dan berkata BN akan menang besar pada PRU 13 walaupun hakikatnya anda sendiri tahu bukan mudah untuk BN menang kali ini. 

Ini yang terjadi kepada pekerja sektor korporat yang ada kaitan dengan kerajaan. Dua hari lepas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad Azrul Azwar Ahmad Tajuddin digantung tugas kerana memberikan pandangan yang dibenci oleh pemimpin BN. 

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.


Terbukti pemimpin BN sentiasa mahu dibodek dan takut untuk menghadapi kenyataan. Apa yang  berlaku ke atas Azwar menunjukkan kepada kita bahawa Umno/BN tidak boleh dikritik, dtegur atau diterjah. Mereka hanya mahu mendengar berita-berita 'happy', projek dan lubang business yang lain tidak menjadi minat kepada mereka.

Comments

Anonymous said…
ini keja orang tak cukup otak