SATU DEMI SATU BLOGGER UMNO TERSUNGKUR

Satu demi satu Blogger pencacai Umno tersungkur dek kerana keceluparan dan kebiadapan mereka membuat fitnah dan pembohongan tanpa usul periksa. Baik Papagomo, Dr MIM, Pisau.net dan lain-lain semuanya pencacai yang tidak takut kepada amaran Allah bahawa FITNAH ITU LEBIH BAHAYA DARI MEMBUNUH.

Akhirnya mereka sendiri yang 'terbunuh' di mahkamah. Terbaru Pisau.Net terpaksa memohon maaf kepada dua pimpinan utama DAP Perak YB Ngeh dan YB Nga dalam isu rasuah tanah di Kelantan. Sebelum itu Blogger Dr Norvandri, MIM terpaksa memalukan diri sendiri memohon maaf kepada Pak Khalid Samad yang diftinahnya.

Inilah akibatnya apabila seseorang itu menulis ikut sedap nafsu dan menulis untuk mencari makan dengan mencacaikan diri mereka sendiri menjadi hamba sahya kepada Umno/BN. Akhirnya diri sendiri yang mendapat malu besar. Nak angkat muka pun segan. Sebab itu masing-masing tidak berani menzahirkan diri mereka yang sebenarnya.

Comments