RAIS : BUKAN KUASA MELAYU LARUT, TAPI KUASA UMNO YANG TERHAKIS.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

Ha3 .....macamana pula kuasa Melayu boleh larut sedangkan dalam deklarasi rakyat sebelum HKR tamat, tidak satupun yang menyentuh hak asasi orang Melayu, kuasa Raja-Raja Melayu dan sebagainya. Malah sekali lagi PR menekankan tentang komitmen untuk menjunjung perlembagaan negara, agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan lain-lain.

Tidak ada pula disebut kuasa orang Melayu akan terhakis, tanah rezab Melayu akan terhapus dan sebagainya. Yang pasti kuasa Umno/BN akan larut jika sokongan rakyat seperti yang ditunjukkan semalam bertambah. Itulah sebenarnya yang ditakuti oleh Umno/BN.

Jelas sekali pemimpin Umno/BN tidak dapat menerima jumlah kehadiran rakyat semalam. Mereka masih terus mahu menafikan jumlah rakyat hadir sedangkan seluruh dunia dapat melihat bagaimana lebih dari 200,000 rakyat berpusu-pusu membanjiri Stadium Merdeka dan kawasan sekelilingnya. Tergamak Rais memperbodohkan rakyat dengan mendakwa tidak sampai 50,000 rakyat yang hadir ha ha ha.....Rais dah masuk Umno jadi bangang macam pemimpin Umno juga .....masa dalam Semangat 46 dahulu cerdik sedikit ...........

Comments