DEEPAK MENYEBABKAN TIDURKU TIDAK LENA

Dakwaan dan tuduhan taukeh karpet, Deepak terhadap 'suami' Najib, Rosmah Mansor menyebabkan beliau mungkin tidak tidur lena. Manakan tidak Deepak bukan manusia bagi Rosmah, mereka berkawan baik dalam jangka masa yang lama.

Tetapi Rosmah terus membisu takut untuk memberikan komen walaupun sepatah. Mengapa beliau begitu takut ...........ada apa-apa ke????

Rakyat sebenarnya mahu mendengar dari mulut Rosmah bahawa Deepak menipu dan berniat jahat terhadap beliau. Tetapi sehingga kini Rosmah menikus dan membisu.

Deepak ini pula entah siapa yang  menjolok beliau sehingga berani membuka pekung FLOM ini.

Walaupun dikaitkan dengan dakwaan menutup kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap enggan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

NONEKetika diasak sewaktu beliau menghadiri satu majlis kebajikan di Kuala Lumpur petang ini, Rosmah menegaskan beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan tidak mahu ditanya sebarang soalan.

Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjadi 
tetamu kehormat di majlis amal makan tengah hari anjuran Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.

Malaysiakini cuba untuk mendekati Rosmah sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali dihalang oleh pembantu dan pengawal peribadi beliau.

Yang pertama ialah selepas makan tengahari, semasa persembahan pentas. Pembantu Rosmah bergegas cepat dan menghalang penulis daripada tanya soalan.

Percubaan kedua ialah ketika Rosmah hendak meninggalkan majlis, dan Malaysiakini bertanya sama ada beliau mahu mengulas dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan dakwaan menutup kes pembunuhan Altantuya.

Sekali lagi, salah seorang pembantunya muncul dan berkata Rosmah akan menjawabnya dalam sidang akhbar yang lain. Rosmah tidak berkata apa-apa dan terus beredar dari situ.

NONEKetika beliau sedang menuju ke arah keretanya, Rosmah diiringi beberapa pembantu dan pengawal peribadi.Malaysiakini sekali lagi pergi ke bahagian sebelah lain kereta itu, di mana sekumpulan pemimpin Pandu Puteri sedang menunggu untuk mengambil secara berkumpulan dengan Rosmah.

Apabila Malaysiakini cuba untuk bertanya soalan yang sama, sekali lagi pembantunya muncul dan memberitahu supaya bertanya soalan pada hari yang lain.

Bagaimanapun, Rosmah berpusing dan berkata beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan jangan tanya apa-apa soalan kepadanya.

Comments