MAHATHIR 'PENGKHIANAT NEGARA' BENARKAH?

Sebelum ini mantan Memanda Menteri Perdana, Mahathir Mohamad sering menuduh Anwar dan pimpinan PR sebagai pengkhianat negara. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pimpinan PR. Namun tiada satu pun bukti kukuh diselitkan dengan tuduhan liar tersebut.


Hari ini Malaysiakini melaporkan bahawa Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara".


Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir.

"Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.

"Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Sesungguhnya kerja-kerja memberikan kerakyatan dan kad pengenalan percuma ini adalah kerja yang amat hina dan bahaya. Kedaulatan negara diperjudikan oleh orang yang terlibat. Kuasa politik rakyat asal negara kita di'jual' kepada orang asing. Semua itu adalah untuk kepentingan diri dan nafsu peribadi untuk terus berkuasa dan membina empayar kekayaan dunia.....penjenayah sebegini mesti dihukum seberat-beratnya .............

Gambar sekadar hiasan.

Comments