Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan Negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di Negara ini walaupun mereka tahu mereka dimurkai Allah S.W.T.
Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah Negara dijahanamkan.? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pernah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa laporannya.
Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri. Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita telah selesai kerana menunggu masa untuk menemui Allah SWT, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka.
Jangan biarkan mereka memaki hamun kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah SWT bermaksud : “Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar”.
Sedutan tulisan Ustaz Idris Ahmad bertajuk akhlaq dan disiplin berorganisasi
Comments