.

.

02 November 2011

Lebih 2000 hadiri MAKAN MALAM PAS MELAKA

Lebih dari 2,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR. Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.

Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut.


Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter