Perdana Menteri, Najib Razak patut memecat Muhyiddin kerana kegagalannya menguruskan hal penempatan pelajar jurusan pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke sekolah-sekolah. Isu ini bukannya isu baru malah ia telah berlanjutan beberapa tahun. Ramai di kalangan siswazah pendidikan UPSI kebanyakannya terpaksa menganggur bertahun-tahun sementara menunggu di'posting' ke sekolah-sekolah.
Mengapa ini terjadi? Lambakkan guru siswazah lepasan UPSI, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain memang sudah lama berlaku dan gagal diatasi oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Fenomena ini membuktikan bahawa tiadanya perancangan teliti tentang jumlah pengambilan pelajar pendidikan dan kekosongan jawatan guru. Jadi menteri dan pegawai-pegawai yang berkaitan mesti bertanggungjawab.
Persoalannya ialah mengapa pelajar UPSI menjadi mangsa.? Adakah mereka tidak kompeten.? Atau ada sebab lain.? Mengapa pula Guru Sandaran Tidak Terlatih mendapat keutamaan?
Muhyiddin jelas gagal dalam menguruskan hal ini. Semalam hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Malaysiakini dipetik melaporkan bahawa piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.
Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".
Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT
Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.
"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?
"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.
Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.
Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.
Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.
Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.
Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.
Comments
B = graduan DPLI/KPLI/GSTT
A = boleh jadi cikgu saja
B = boleh jadi cikgu dan profesion lain
A = tidak dijamin jadi cikgu
B = dijamin jadi cikgu
adakah ini persaingan yang “ADIL”?