PEKERJA akan HUKUM BN pada PRU 13

Pekerja di seluruh negara mengadakan PIKET membantah tindakan Kerajaan BN yang mahu meminda Akta Pekerja 1955.

MTUC mengarahkan seluruh kesatuan sekerja mengadakan PIKET di seluruh negara hari ini. MTUC secara lantang membantah pindaan itu disifatkan menganiaya pekerja. Pakatan Rakyat juga menyokong tindakan MTUC membantah akta tersebut.


Isu utama mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja dan ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan berkenaan.

MTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengulas lanjut Mohd Khalid mendakwa, sistem ini menjurus kepada eksploitasi pekerja.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Sumber Manusia menimbang bantahan mereka kerana pintu rundingan masih lagi terbuka.

"Apa juga pindaan undang-undang harus menjurus kepada kesejahteraan pekerja, bukan penindasan dalam era baru," kata Mohd Khalid Atan Presiden MTUC dalam satu kenyataan hari ini.


Tidak mustahil pekerja-pekerja Malaysia yang berjumlah jutaan orang akan menghukum kerajaan BN pada PRU 13 nanti jika kerajaan tetap berdegil mahu meneruskan pindaan ini.


Pekerja seharusnya menggunakan kuasa undi yang mereka ada bagi menghukum kerajaan yang bongkak dan angkuh. Hanya bahasa undi yang difahami oleh kerajaan angkuh dan bongkak seperti BN, bahasa lain mereka tidak faham dan buat-buat tidak faham.

Comments