CINCIN RM24juta, ANAK BELANJA RM195,000, bakal PAK AJI DAN MAK AJI MESTI SAMAN

Isteri tersayang dituduh membeli cincin berharga RM24juta, kini anak gadisnya pula dikatakan berbelanja RM195,000 semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia ketika Persidangan CHOGM baru-baru ini. Itulah tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan 'Wanita Pertama' Rosmah Mansor yang sedang menunaikan fardhu haji di Mekah.


Tuduhan-tuduhan ini berat kerana jika benar maka malang sungguh bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin dan keluarga yang sangat boros itu.


Satu lagi, tuduhan itu juga amat berat kerana rakyat ingin tahu dari mana wang RM24 juta dan RM195,000 itu diperolehi. Kalau beli cincin dan membeli-belah dengan jumlah sebegitu besar iaitu RM24,195,000, maka agak-agaknya berapa duit yang Najib dan Rosmah ada. 


Itu sebabnya Najib dan Rosmah mesti membersihkan diri dari tuduhan ini. Bakal Pak Aji dan Mak Aji mesti menyaman sesiapa juga yang terlibat menuduh mereka yang dikatakan tanpa bukti. Kalau memang si penuduh itu tiada bukti saya harap bakal Pak Aji dan Mak Aji mesti melantik peguam dengan segera dan jangan tunggu lama-lama saman sahaja si penuduh yang biadap di sisi parti 'maksum' Umno itu.

Comments