PASCA PRK MANEK URAI : PAS MENANG TIPIS KERANA POLITIK WANG DAN UGUTAN?

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Salleh berkata kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa lalu adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil. Namun sehingga ke hari ini nampaknya belum ada sebarang tindakan dilakukan samada oleh Suhakam atau SPRM.

Dalam pilihanraya kecil Selasa lalu, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Khairul lagi, PAS juga menang tipis adalah disebabkan sogokan wang yang dilakukan oleh BN samada secara senyap-senyap atau terang-terangan.

"Pada hari mengundi kita dapati ada pengundi yang beratur panjang mengambil duit dari pihak tertentu selepas mereka mengundi dan ini dilaporkan di dalam media internet bersama-sama dengan gambarnya sekali"

'BN juga menggunakan ugutan dan janji untuk mempengaruhi pengundi. Timbalan Perdana Menteri sendiri memberi kata dua kepada pengundi samada ingin jambatan atau undi PAS" kata Khairul serius.

Khairul menggesa BN membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang walaupun BN kalah di DUN Manek Urai tetapi BN menang di Peti Undi Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

Beliau juga menafikan tanggapan pemimpin BN bahawa kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS dengan mendadak adalah kerana rakyat sudah kembali menyokong BN dan mula menerima kepimpinan Najib.

"Ini bukan soal rakyat suka kepada BN atau terima Najib tetapi ini kerana rakyat terperdaya dengan rasuah wang dan ugutan Muhyiddin"

"BN tidak boleh mendabik dada dalam soal ini kerana sokongan rakyat di Manek Urai adalah bersifat sementara akibat dari rasuah dan ugutan tersebut" jelas Khairul.

Khairul juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat.

Comments

Anonymous said…
Tak payah banyak kita berdalih. Pokoknya orang muda dah sokong BN. Apa strategi kita.Nampak mesej Islam tak sampai...