PRK MANEK URAI : 2 HARI LAGI UMNO/BN AKAN DIKUBURKAN

Insya Allah Umno/BN akan dikuburkan buat kali keenam (6 kali mati tetapi hidup balik - pelik???? ini namannya hantu Umno/BN) dalam Pilihanraya Kecil di Semenanjung.
Dari pengamatan pemerhati politik amat sukar untuk BN mengulangi kemenangan mereka seperti di Pengkalan Pasir disebabkan momentum rakyat di Manek Urai masih kuat untuk mengekalkan wakil rakyat PAS menjadi ADUN mereka. Lebih-lebih lagi mereka benar-benar senang dan gembira dengan perkhidmatan dan jasa yang ditaburkan oleh calon PAS, Abe Uji sebelum ini iatu ketika beliau menjadi Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai dan aktivis masyarakat. Malah ramai yang menyatakan sikap dan karisma Abe Uji saling tidak tumpah seperti wakil rakyat kesayangan mereka Allahyarham Pak Su Wil.
Program ziarah dan kempen Abe Uji sentiasa diberikan sambutan hebat oleh rakyat Manek Urai hatta oleh penyokong setia Umno sendiri. Bukan menjadi suatu perkara pelik jika Abe Uji nanti mendapat undi dari penyokong setia Umno sendiri. Perkara sudah biasa berlaku pada mana-mana pilihanraya di Kelantan di mana ahli dan penyokong Umno berkempen untuk BN tetapi mengundi calon PAS.
Cuma apa yang saya bimbangi ialah taktik kotor, penipuan, rasuah dan ugutan dari BN sahaja yang memungkinkan keputusan sebaliknya. Begitu juga dengan strategi BN yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang pengundi luar balik mengundi pada 14 Julai ini.
Namun Insya Allah, manusia merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Amin.

Comments

Anonymous said…
Jangan terlampau yakin sangat syeikh, perhatikan setiap penipuan UMNo hingga ke pangkahan kertas undi yang terakhir. sebab UMNo memang kita tahu mereka tidak akan putus asa membuat penipuan sehinggalah tamat penggundian. Macam syaitan la yang tidak akan berhenti menyesatkan manusia sehingga la manusia tersebut meninggal dunia.(bukan samakan UMNo dengan Syaitan tapi nak bagi ingat, itulah mereka. Jadi hati-hati)