POLIS MESTI KERJA KERAS BENDUNG KEGIATAN SAMSENG DI BUKIT BARU

Awal pagi tadi saya dikejutkan dengan berita anak sahabat saya Md Dan Siron yang bernama Mustakim, 20 meninggal dunia akibat dipukul oleh sekumpulan pemuda di Taman Harta Pertama Bukit Baru.
Menurut ceritanya Mustakim dipukul oleh 5 pemuda sekitar jam 12.15 - 1.00 pagi. Ayahnya menerima panggilan dari Hospital Melaka jam 1.30 pagi supaya datang ke Hospital kerana keadaan anaknya kritikal. Sesampainya di sana Mustakim sudahpun meninggal dunia.
Saya sangat sedih dengan kejadian ini kerana menurut Md Dan anaknya tidak mempunyai musuh dan tidak terlibat dengan apa-apa kejadian samseng dan sebagainya.
Jadi apa motifnya sehingga Mustakim dibunuh dengan kejam sedemikian rupa. Teruk sangat dosa Mustakim sehingga beliau dihukum sekejam itu.
Adalah diharapkan pihak Polis dapat menyelesaikan kes samseng dan buli seperti ini di kawasan terbabit. Saya mendapat maklumat bahawa di kawasan Pekan Bukit Baru tersebut memang ada sekumpulan pemuda yang selalu lepak dan berlagak samseng.
Pihak Polis mesti bekerja keras menangani masalah ini. Jangan sibuk untuk memantau kegiatan politik sahaja sehingga gagal menyelesaikan kes jenayah yang semakin meningkat sekarang.
Selain itu kerajaan negeri juga mesti mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan masalah ini jangan sibuk dengan projek pembangunan pelancongan sahaja sehingga keselamatan dan kebajikan rakyat diabaikan.
Kepada abang Md Dan takziah saya ucapkan semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Saya bersama-sama dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dr Khatijah Jumangat, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Nazri Ariffin, Ketua Penerangan DPPBK, Jauhar Dawi dan AJK DPPBK Ghazali Othman sempat menziarahi rumah Md Dan selepas asar tadi.
Jenazah Allahyarham Mustakim akan dikebumikan kira-kira jam 10.00 pagi esok.

Comments

Anonymous said…
Sudah sekian lama kerja2 amal maaruf nahi mungkar diabaikan oleh kerajaan melaka.
Inilah akibatnya.
Semakin hari semakin banyak maksiat.
Tidur atau jaga pemimpin2 melaka?
Lupa Allah atau lupa diri?
Kalau lupa Allah, bermakna lupa diri.
Bangunlah kerana Allah SWT.
peniaga pasar malam said…
Yang samseng kan orang pas. aku ada situ. dia yg mulakan baling2 botol kat pemuda umno. jangan la nak `baling batu sembunyi tangan'. jangan nak tuduh org lain atas perbuatan sendiri. malu la wei. mengaku parti islam, tapi perangai mcm yahudi. nik ajis yang bodoh tu pun tak mcm yahudi. nik ajis tu mcm keling pariah jerk..