PRK MANEK URAI : KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG MAJORITI TIPIS 65 UNDI

Calon PAS Haji Fauzi Abdullah diisytiharkan menang sebentar tadi dengan majoriti 65 undi. Fauzi memperolehi 5348 undi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5283 undi. Sejumlah 90 undi rosak.
Jumlah keseluruhan undi ialah 10,722 atau 87.22 %.
Kemenangan PAS memang tidak mengejutkan namun jumlah majoriti yang kecil ini menimbulkan persoalan yang memerlukan Post Mortem yang jitu.

Comments

bustaman said…
memang pas takde sokongan. nak wat camne
LegendZ said…
Alhamdulillah...
Anonymous said…
masih tak nak pembangunan.....tok guru rumah besar....
PawanaMelati said…
Walaupun agak mengejutkan keputusan dengan undi tipis berpihak kepada PAS namun ia tetap cukup membuktikan rakyat Manek Urai tetap mahukan PAS miskipun tidak menolak pembangunan. MENANG TETAP MENANG walau pun jika kelebihan satu undi !!
Anonymous said…
PAS dan para pemimpinnya harus menyedari bahawa tanpa sokongan dari suku kaum bukan muslim MUSTAHIL Pas dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Hadi dan Nasha perlu memikirkan Idea mereka iaitu Ug Harus dimasukkan ke TANDAS. Mulanya saya dah mula condong pada PAS tetapi sifat Ultra Kemelayuan Hadi dan Nasha membuat saya (mungkin juga ramai) memikirkan dua kali sebelum pangkah.
Anonymous said…
SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA PAS KELANTAN!
Anonymous said…
Tahniah Abe Uji...jan la sede...apapun teruskan perjuangan...walau 1 undi pun amat berharga......Nampaknya pend. MU termakan juga umpan rasuah TPM....
Makna nya PAS akan kalah dengan mudah dimasa depan.
Tangan kanan menang , tapi tangan kiri sudah kalah.
Ini hakikat
Soal bincang kerajaan perpaduan tak harus di main-main kan oleh PAS.

Minta PAS tendang keluar mana-mana ketua yang sokong kerajaan perpaduan dengan umno.
Siapa yang suka umno sila minta dia pergi masok umno.
wan simunjan said…
Pertamanya Syukur Alhamdulillah kerana kemenangan ni. Dah nak pilih golongan yang berkaitan dengan ikan maka tak heran kalau kemenangan pun nyawa2 ikan. Walaupun sikit tapi yang penting menang. Dalam persaingan hanya ada menang atau kalah. Bila dah menang maka nikmatilah kemenangan itu dengan doa dan harapan.

Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh umNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru itu sekiranya generasi akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup alam darah kita.

JELAS SOKONGAN BERTAMBAH KEPADA UMNO BERERTI JIWA RAKYAT MANIK URAI / KELANTAN JUGA MENYOKONG SEGALA KEROSAKAN DAN UNSUR RASUAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO.

Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi rakyat Ktan sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia.

Perjuangan murni kerajaan Ktan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Ktan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU. Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri.

Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU. Inilah BANGSA MELAYU!

Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri.

APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?