PRK MANEK URAI : HASRAT BN SUPAYA PENGUNDI TIDAK BALIK MENGUNDI BERKECAI

Hasrat BN supaya pengundi Manek Urai yang tinggal di luar tidak balik mengundi berkecai apabila kerajaan negeri mengisytiharkan esok 14 Julai sebagai cuti umum di negeri Kelantan. Ini bagi memudahkan pengundi Manek Urai keluar membuang undi dengan mudah.
Hampir separuh dari pengundi Manek Urai yang tinggal diluar DUN bekerja di Kelantan tetapi majoritinya tinggal di luar Kelantan.
Kini jentera PAS hanya mempunyai satu lagi masalah iaitu memastikan pengundi yang tinggal di luar Kelantan balik mengundi.
Keputusan SPR menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja sememangnya menjadi faktor utama menyebabkan susahnya pengundi luar untuk pulang. Namun begitu saya yakin majoriti mereka akan tetap pulang mengundi kerana mereka sayangkan negeri mereka sendiri serta Tok Guru mereka yang banyak berjasa.

Comments

Anonymous said…
tolong war2kan maklumat macam mana org luar manik urai nak balik..maybe pejabat2 pas di kl dan selangor bole membantu dalam hal ini..cth sewa bas negeri kerajaan selangor ke????
mat mato2 said…
pastikan ada alternatif membawa pengundi masuk jika berlaku sekatan jalanraya. Pernah berlaku di PRK Bukit Gantang jalan ke Kuala Sepetang di tutup untuk kereta awam. Guna motosikal, angkut pengundi.