PRK MANEK URAI : BN TERUS MERASUAH PENGUNDI

BN tanpa segan silu merasuah pengundi dengan memberikan tawaran berupa kebendaan dan pembangunan. Suatu perbuatan yang amat memalukan negara kita.
Petang tadi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tanpa rasa bersalah dan malu menyatakan bahawa Kerajaan pusat akan membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Saya yakin tawaran ini amat 'menggiurkan' penyokong Umno namun ianya tidak berupaya untuk mencairkan aqidah penyokong PAS dan para simpatisan PAS.
Walaupun BN menawarkan matahari dan bulan ahli dan penyokong PAS akan tetap komited dan istiqamah bersama PAS kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS di bawah kepimpinan TOk Guru Nik Aziz.
Selain itu saya juga yakin tawaran jambatan ini akan menyebabkan rakyat Manek Urai semakin benci kepada BN kerana mengapa baru sekarang mereka ingin membina jambatan tidak sebelum ini.
BN sebenarnya tidak belajar dari kesilapan lalu. Kempen menawarkan kebendaan dan pembangunan telah ditolak oleh rakyat dalam 5 Pilihanraya Kecil sebelum ini, semuanya diluar Kelantan. Jika di Kelantan saya yakin sentimen kebencian kebencian kepada BN ini lebih hebat lagi.
Insya Allah 14 Julai ini BN akan berkubur bersama jambatan 7 jutanya.

Comments

pawanamelati said…
Mengaibkan dan memalukan apabila seorang yang bergelar TPM membuat tawaran RASUAH POLITIK kepada pengundi Manek Urai. Jangan nanti pengundi Manek Urai di sebut-sebut orang sebagai "pengundi jambatan"3
Anonymous said…
tak ada jambatan pun takpelah ...
maruah pengundi bukan pd jambatan,
maruah penduduk ada pada bulan.
InsyaAllah.