KEMATIAN TEO : SPRM MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun siasatan ke atas kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock, 30 masih belum selesai namun pihak SPRM mesti bertanggungjawab di atas tragedi itu. Teo yang jatuh dari Bangunan Pejabat SPRM selepas di siasat SPRM.
Jadi SPRM semestinya bertanggungjawab penuh terhadap kejadian yang berlaku di dalam premisnya dan selepas ianya terjadi selepas siasatan SPRM ke atas Teo.
SPRM mesti mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tujuan siasatan, bentuk siasatan, apa yang berlaku semasa siasatan dan selepas siasatan sehinggalah Teo dijumpai mati jatuh dari Bangunan SPRM.
Punca kematian dan sebab mengapa Teo terjatuh masih dalam siasatan namun sebagai sebuah badan yang sepatutnya telus dan professional SPRM mesti memberikan sepenuh kerjasama, adil, telus dan tidak menyembunyikan sesuatu. Selain itu pihak Polis juga mesti telus dan professional dalam menjalankan siasatan ke atas kes ini.
Teo dijumpai terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam semalam.
Mayatnya ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Comments