PRK MANEK URAI : AGAK LUAR BIASA PERATUSAN UNDI SUDAH MENCECAH 82%

Agak luar biasa apabila kira-kira 82 % atau 10,080 pengundi sudah keluar mengundi setakat jam 2.15 petang tadi.
Peratusan ini adalah tinggi berbanding dengan 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Jika trend ini berterusan sehingga ke petang tidak mustahil ianya akan mencecah 90%, suatu yang boleh dibanggakan.
Namun begitu persoalannya mengapa pengundi begitu 'dahaga' untuk mengundi sehingga sanggup keluar awal sedangkan trend pengundian pada PRK sebelum ini agak normal dengan lebih kurang 50-60 % sahaja yang keluar sehingga jam 2 petang.
Apapun kita yakin petugas PAS akan sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan yang berlakunya penipuan dan penyelewengan jika dilakukan pihak lawan.

Comments

PawanaMelati said…
Satu angka peratusan yang menakjubkan (82%)walaupun baru jam 2 ptg. Ia akan boleh menjadi sejarah PRK sebelum ini tidak pernah terjadi lagi. Persoalanya sekarang yang ramai-ramai keluar mengundi tu nak kan "jambatan baru" ke atau "menolak rasuah politik" ?? Sapa boleh jawab ?
azreen said…
jaga-jaga..ada orang baling batu n botol..