KEMATIAN TEO : POLIS MENGGANAS LAGI, 6 DITAHAN

6 orang ditahan dan ada yang dipukul oleh Polis yang bertindak ganas menyuraikan perhimpunan membantah kematian Teo Beng Hock Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.
Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Turut bersama-sama berkumpul di situ ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.
Media melaporkan bahawa anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Comments

Anonymous said…
Kalau dah diarah bersurai tu blah jelah..Salah diaorg jugak taknak dengar arahan polis.

Klu En. Sofi pegawai polis, apa yg encik nak buat? biarkan aje? encik dibayar gaji untuk bertugas mengikut arahan.Paham2 jelah..

Kalau encik ni pegawai tinggi polis, takkan takde arahan langsung? Nak biarkan je? klu biar nanti org pijak kepala..

Oklah, dok hari2 bantai polis ni,klu rumah kena rompak ke, ada kes jenayah ke, encik panggil sape?
bomba?

Esok klu pas memerintah & bn pulak buat hal mcm yg berlaku sekarang, silap2 pas suruh tembak je... hudud konon. lepas tu ckplah ayat standart mcm bn ckp, itu tugas polis, kita tak campur..

Lepas ni klu penyokong pas nak bantai aku, lantak koranglah... kalau otak dah letak kat lutut, macamana nak berfikir...

'Atas Angin'
Anonymous said…
mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Teo Beng Hock sehingga mendiang mengambil tindakan drastik membunuh diri...kan,kan,kannnnn.... Apa2 pun saya tabik pada mendiang kerana sanggup jadi lilin membakar diri asalkan bos-bos nya yang menyalah-guna kuasa terselamat dari sebarang tindakan SPRM. Tahniah juga kpd Pimpinan PR kerana berjaya eksploitasi kes ini sehingga mengalihkan fokus dari siasatan keatas exco2 S'gor kepada desakan siasatan keatas dakwaan 'keterlampauan SPRM'. Setahu saya kalau tak bersalah apa yg nak ditakutkan, sehingga tergamak bunuh diri..ish3.. Dunia2..
rohiz said…
Anonymous, you are making assumption that the guy killed himself. Do you know for a fact that he killed himself in order to save his superiors?

Mamat tu baru nak kawin, nak start hidup, takkan la tetiba nak bunuh diri weh?! Ada pulak nak tido situ kejap lepas kena interrogate? Ada kete, balik la weh! Kalau aku, penat macam mana pun definitely aku akan balik umah. Kalau takde kete pun akan suruh bakal bini aku amik, tak kira la pukul berapa pun (belum kawin sanggup la.. dah lama kawin sure tak sanggup punya.. musti bini soh naik teksi aje.. hehehe)..

Imagine that this is a brother of yours. Would you jump into the conclusion that he killed himself or due to other unseen factors such as abuse of power, interrogation tactic gone wrong or even a fight that went too far? Just because he was a political sec to the opposition (a misnomer cause he was actually with the government in Selangor, straight away he killed himself out of guilt/to save his political masters?

Come on la weh... Let the police investigate? Apa cite kes2 lain tak selesai membabitkan BN punya politicians? Istana Khir Toyo - ada MACC siasat? Kekayaan Khairy - ada MACC siasat? and the list goes on and on.. What kind of justice the MACC is preaching? Selective prosecution is more like it..

I am not in support of any political parties, only justice.. Any fool could see that something is definitely wrong with the police and other enforcement agencies within this country..
Anonymous said…
well that any fools..mostly umno and bn supporters!!no doubt about it!!!you spin any shits..any they will believe it without any question!!
Anonymous said…
Sdra Anon 13:11 "Atas Angin",

memang betul polis buat kerja ikut arahan. kalu yang berdemo itu orang bn, haram polis nak usik. mana ada polis usik budak2 uitm demo di pejabat mb sel.dahlah ponteng kelas. mana ada polis kacau kerry j. buat demo konon bantah amerika, cuba kalu itu org pas yg buat. tugas polis jaga keamanan semua rakyat. memang betul, aku panggil polis kalu ada kes, tugas depa. so what?sama juga ada orang tolak hukumNya(macam-macam alasan;..Hudud konon???) tapi tetap berdoa mohon pertolongan dariNya.Syabas kepada polis yang berkhidmat keranaNya.
Anonymous said…
salam

satu telahan yang terbaik setak ini daripada bekas jurugambar

http://pendikargunung.blogspot.com/2009/07/pandangan-profesionalteoh-sudah-mati.html

minta tuan web site tolong siarkan

sekian
otam